Thursday, December 10, 2009

Internet Marketing Business

Salam semua, semoga sihat sejahtera dan kepada yang masih mencari-cari cara sebenar buat duit, anda boleh terus membaca apa yang saya akan kongsikan. Izinkan saya berkongsi cerita mengenai diri saya, saya dilahirkan di Kelantan dan dibesarkan di Kuala Lumpur, bersekolah di beberapa tempat seperti Terengganu dan Kedah, melanjutkan pelajaran tidak keluar negara tetapi apa yang pasti pendapatan saya juga lebih dari mereka yang berada diluar negara. Kenapa saya berani berkata sedemikian? kerana saya ada bukti, bukti dalam 'bank statement'. Apa yang ingin saya sampaikan kepada anda ialah salah satu cara yang betul-betul memberikan saya duit yang lumayan ialah Internet. Saya hanya menggunakan Internet untuk membuat iklan kepada laman web saya, dan laman web itu pula mestilah dalam bentuk sales letter atau mini site. Jadi sebenarnya kejayaan web tersebut ialah bentuk sales letter yang diatur sedemikian rupa untuk memujuk pelawat membuat keputusan untuk mendapatkan produk atau servis yang saya tawarkan.

Jadi saya mula melihat menggunakan Internet sebagai tempat pengiklanan produk atau servis yang bakal saya tawarkan. Dan ternyata keupayaan menghasilkan wang hanya berhenti setakat itu sahaja, ini kerana saya tidak membuat rakan JV, affiliate dan juga saya tidak membuat beberapa teknik yang telah disahkan oleh mereka yang mengaut keuntungan besar dalam Internet.

Setelah beberapa tahun dalam dunia Internet saya, saya melangkah keluar dengan menghadiri beberapa seminar di luar. Yang pertama saya pergi ialah Millionaire Mind Intensive , Singapore beberapa bulan lalu. Dan yang kedua yang mana juga menarik perhatian saya dan sesuai dengan entry saya kali ini ialah setelah saya menghadiri seminar Global Internet Seminar 09 , Kuala Lumpur.
Apa yang saya dapat dari seminar tersebut adalah sesuatu yang telah saya lihat tapi saya tidak membuat sebarang 'action', jadi mereka yang telah mengambil langkah tersebut telah melihat perspektif berbeza bagi Internet Marketing Business ini.

*Saya akan kongsikan apa yang saya perolehi sepenuhnya dalam entry blog akan datang, lawatilah selalu blog saya ini.. :)
Baca Selanjutnya..

Sunday, October 4, 2009

Saya Dan Food & Beverage

Salam semua, saya terlibat dalam FnB iaitu menyediakan katering untuk semua jenis event seperti perkahwinan, kursus & seminar dan sebagainya. Sila hubungi saya jika berminat untuk mendapatkan quotation berkaitan dengan event anda.

Bapak Catering And Services
010-2000901 - Jero / Azrul
Baca Selanjutnya..

Thursday, September 3, 2009

Sudah Seminggu Berpuasa..

Salam semua, sedar atau tidak sudah seminggu lebih kita berpuasa, saya berharap anda semua yang melawat blog ini sihat sejahtera. Ada beberapa message private dalam facebook dan beberapa email dari rakan yang berminat dengan program yang saya buat beberapa bulan lalu. InsyaAllah saya akan berkongsi secara kaedah blog sedikit sebanyak kerana saya fikirkan kaedah ini lebih berkesan untuk update dan juga direct question yang boleh ditanya di bahagian komen.
Baca Selanjutnya..

Saturday, August 22, 2009

Selamat Berpuasa Semua..

Salam Ramadhan kepada semua, dan sama-sama kita tempuhi Ramadhan yang penuh rahmat ini dengan minda dan hati yang terbuka ke arah kebaikan dan memperbaiki kehidupan seharian. Saya masih lagi sibuk dengan aktiviti konvensional saya dan insyaAllah tidak lama lagi saya akan meneruskan projek saya yang tergendala ini. Pengurusan yang baik akan memberikan keputusan yang baik, InsyaAllah.
Baca Selanjutnya..

Wednesday, July 29, 2009

Ke mana arah saya?

Salam semua, lebih kurang sebulan saya tidak blogging di blog ini disebabkan saya terlibat dengan beberapa projek offline yang memerlukan saya memberi komitmen dahulu sebelum membina sistem pengurusan. Jadi kebanyakan masa perlu saya habiskan pada apa yang saya lakukan dan insyaAllah tidak lama lagi akan selesai.
Baca Selanjutnya..

Monday, June 29, 2009

Update GA last 7days


Salam semua, seperti biasa saya update pendapatan mingguan adsense saya selama 7 hari.
Baca Selanjutnya..

Friday, June 26, 2009

Google Adsense Pin

Salam semua, hari ini saya telah mendapat Google Adsense Pin, pin akan diberi oleh GA dan dihantar apabila anda mendapat notis penghataran pin di google adsense report. Pin ini mengambil masa selama 3-4 minggu biasanya.

Pin ini adalah untuk mengaktifkan payment anda, dan selepas itu anda boleh edit payment type, jadi saya sarankan pilih Western Union sebagai payment type. Payment WU memang cepat tidak sampai sehari dan boleh berurusan di mana-mana CIMB tempatan berhampiran tempat anda.

Payment hanya boleh dikeluarkan minima USD100 dan akan dibuat pada setiap 15hb setiap bulan.

*Western Union adalah seperti wang post, anda cash out di CIMB nanti
Baca Selanjutnya..

11 cara Google mengesan klik palsu adsense anda


Adakah anda menyertai Google Adsense….? Pernahkah anda cuba klik sendiri iklan Google Adsense anda atau anda memang pernah klik sendiri iklan tersebut….AWAS akaun anda mungkin akan di tamatkan.


Tahukah anda Google mempunyai sistem yang boleh mengesan klik-klik palsu itu. Melalui sistem inilah banyak akaun pemilik Google Adsense telah ditamatkan. Di sini saya rangkumkan beberapa cara yang digunakan oleh Google untuk mengesan klik-klik palsu dari laman-laman web yang benar-benar asli.

Google tidak akan langsung menamatkan akaun anda, akan tetapi mereka akan terlebih dahulu menandakan akaun anda dan memberi perhatian kepada akaun anda. Dalam beberapa keputusan, mereka kadang-kadang mengirimkan email peringatan untuk memberi tahu situasi anda, namun kadang-kadang tidak dan mereka boleh menamatkannya serta merta.


1. IP Address
Ini adalah cara yang paling mudah dan pasti diketahui oleh semua orang. Apabila klik di iklan - iklan laman web anda berasal dari alamat IP yang sama dari yang anda gunakan untuk mengakses akaun AdSense anda, akaun anda akan diselidiki. Jika pasti anda yang melakukannya, maka bersedialah untuk kehilangan akaun Adsense.

2. Click Through Rate (CTR)
Biasanya, CTR tidak melebihi 10%. Apabila sebaliknya, Google akan menandakan akaun anda. Sebagai rujukan, CTR normal biasanya berkisar antara 0.5% hingga 10%.

3. Lokasi Fizikal
Google memiliki teknologi pengesanan lokasi yang sempuna. Mereka mampu mengesan lalu lintas trafik di Internet hingga ke seluruh pelusuk bumi. Jadi, menggunakan banyak komputer yang memiliki alamat IP berlainan pun tidak akan memberikan apa-apa makna. Jadi, jangan mencuba untuk meng-klik iklan anda sendiri dari beberapa cybercafe yang berbeza-beza.

4. Cookies
Kebanyakan pemilik komputer di rumah tidak memiliki alamat IP statis untuk sambungan internet mereka. Di kebanyakan keadaan, hanya dengan memutuskan dan menghubungkan kembali modem anda akan mendapat alamat IP yang baru. Tetapi jangan lupa, Google telah menempatkan cookies di komputer anda. Mereka dapat mengesan cookies tersebut dan melihat apakah mereka datang dari sebuah komputer yang sama.

5. Pola Klik 1
Sangat menghairankan apabila pengunjung klik iklan dan mereka tidak tahu apa yang mereka buat dan meninggalkan laman web begitu sahaja(hit and run). Biasanya, pengunjung normal akan melihat - lihat sebentar di dalam laman web anda dan barulah mereka klik iklan yang menarik.

6. Pola Klik 2
Mengapa komputer / alamat IP / orang ini senang untuk meng-klik iklan di laman web yang ini tetapi tidak pernah meng-klik iklan di laman web lain? Maksudnya sudah tentu anda sendiri yang klik iklan anda.

7. Pola Klik 3
Mengapa pengunjung ini boleh mengakses laman web ini secara terus (dari bookmark atau menaip URL langsung dari browser)dan sangat cepat untuk meng-klik iklan berbanding pengunjung lain yang datang dari search engine atau laman web yang lain?

8. Jasa Google Lain
Selain AdSense, Google juga menyediakan berbagai perkhidmatan kepada kita. Jangan sangka bahawa anda terlepas hanya kerana anda tidak masuk ke dalam akaun AdSense anda dan klik iklan anda sendiri. Perkhidmatan lain apa yang Google sediakan untuk kita? Beberapa contohnya: Gmail, Google Earth, Google Calendar, Google Search, Google Toolbar, Google Talk, Google Sitemap, Google Desktop, Blogger atau bahkan YouTube yang baru dibeli Google.

9. Rangking search engine
Jika laman web anda tidak di-index oleh search engine apapun, tidak memiliki link dari laman web besar lainnya, akan tetapi mengapa anda terus mendapat trafik yang tinggi? Bagaimana caranya pengunjung dapat menemukan laman web anda dan melihat iklan anda? Hal ini akan membuat Google curiga.

10. Reka Bentuk laman web
Meletakkan kata-kata seperti “Sila klik di link di bawah ini” atau “dapatkan duit dengan meng-klik iklan ini”? Kata-kata seperti ini melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Google. Google dapat menggunakan search engine mereka, atau menggunakan kaki tangan mereka untuk memeriksa laman web anda dari waktu ke waktu.

11. Conversion rate pengiklan
Mungkin saja pengunjung akan klik iklan di web anda. Akan tetapi apakah klik ini membuahkan hasil untuk para pengiklan? Apabila tidak ada klik di web anda yang memberikan hasil kepada para pengiklan, anda akan mendapat masalah besar. Pertama, fungsi Smart-Pricing Google akan aktif, kemudian mereka akan menamatkan akaun AdSense anda.

Demikianlah beberapa perkara di lakukan oleh GOOGLE yang boleh mengesan klik palsu dari laman web anda.

Klik di sini untuk sumber artikel.

Baca Selanjutnya..

Thursday, June 25, 2009

Buat Duit Group (BDG)


Salam semua, saya dalam seminggu lepas saya telah membuat private blog untuk group saya. Group ini dipanggil BDG (buat duit group) yang beroperasi di http://buatduitgroup.blogspot.com, buat masa ini saya menjemput mana yang berminat dan percaya sahaja, insyaAllah nanti dapat hasil mestilah akan dikongsi dengan lebih ramai lagi. Jika ada yang berminat boleh menghubungi saya di admin@mohdazrul.net, dan saya juga mengalu-alukan anda yang berminat.
Baca Selanjutnya..

Tuesday, June 23, 2009

Kenapa Enjin Blog Saya Blogspot??

Salam semua, pagi ini saya nak ceritakan kenapa saya pilih blogspot sebagai enjin blog. Blogspot merupakan antara yang terawal offer servis blogging percuma dari tahun 2000 (ikut pengalaman sayalah), dan tidak lama selepas itu blogspot dinaungi oleh Google satu syarikat yang terbesar dalam bisnes dan dunia Internet ini.

Faktor utama penggunaan blogspot sebagai enjin blog saya ialah; Unlimited bandwith & diskspace, server maintenance free, dan juga tiada kos yang perlu saya tanggung sedangkan saya boleh membuat pelbagai kaedah yang hampir saya dibuat oleh wordpress dan joomla atau CMS yang lain. Bukan saya kata sama, tetapi hampir sama. Saya menjangkakan blogspot akan menjadi lebih flexible dan dynamic pada masa akan datang kerana deman CMS adalah tinggi. Penggunaan Javascript sahaja tidak mencukupi sedangkan PHP semakin menjadi pilihan ramai pembangun CMS disamping MYsql sebagai database. Jadi saya akan terus menggunakan blogspot sebagai pilihan utama saya selain wordpress dan joomla.

Antara kelebihan menggunakan blogspot secara tidak langsung ialah saya boleh membina seberapa banyak laman web adsense yang saya mahu, tambahan pula sistem monetize telah di impliman secara langsung didalam sistem posting dan layout blogspot. Jadi saya hanya perlu monitor dari dalam blog sahaja untuk melihat progress dan juga report adsense saya, mudah bukan? ..


Bagi saya keperluan yang perlu ada hanyalah minat dan sanggup belajar hanya beberapa html untuk page, image dan text manipulation. Itupun boleh hafal tak sampai 10 minit.. :p . Struktur blog layout & content itu dah kira advanced, tetapi jika anda memahaminya ia memang mudah. Teruskan membaca di blog ini atau join Kelas Tutorial Blog saya untuk mendalami ilmu blogging di blogspot!!
Baca Selanjutnya..

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bekerja Semua!!


Selamat pagi Isnin saya ucapkan kepada semua, semoga semua terus ceria dalam menjalankan aktiviti seharian. Awal minggu amat menarik, dan penuh keazaman yang membara setiap hari. Apa yang saya azamkan pula minggu ini? Minggu ini saya membawa masuk beberapa iklan baru ke dalam blog saya ini, iklan tempatan iaitu nuffnang dan advertlets. Memang agak menarik dan baru sahaja saya buka akaun ini semalam. Saya berharap blog saya ini lebih ceria dan menyelesakan anda yang sering melawat ke blog ini, terima kasih saya ucapkan.

Untuk pengetahuan anda, enjin blog ini saya menggunakan blogspot dan bukannya wordpress, jika anda nak lihat sample wordpress boleh ke mirrow domain saya di http://mohdazrul.com .

Saya tinggalkan anda dengan tips blog dari saya!!

--------------------------------------
Adverlets juga memberikan hasil jika ada page impression. Boleh tahanlah walaupun 5 sen, kalau dapat 10sen sehari , kira-kira RM3.00 sebulan - income jugak kan?


Baca Selanjutnya..

Sunday, June 21, 2009

Adsense Pin nie nak buat apa haa?

Salam semua, tengoklah adsense saya seminggu yang lepas, memang tak banyak tapi syukurlah for start kan. Jadi dalam seminggu lepas adsense earning USD18.73. Memang slow berbanding otai adsense lain, tapi bagi saya yang mulakan adsense ini sendiri, ini merupakan satu kepuasan kerana berhasil juga!!

Kalau dulu saya sentiasa update pendapatan adsense setiap hari rasanya lebih elok jika saya tunjukkan seminggu sekali dan sebulan sekali sahaja, lebih sesuai dan praktikal kan.

Untuk pengetahuan bagi yang tak tahu, selepas balance anda melepasi usd10 anda akan mendapat pin dari google. Pin tersebut akan dihantar ke alamat rumah anda semasa anda register akaun. Sebab itulah saya sarankan jika anda membuat blog gunakan akaun gmail supaya gmail nampak anda pro gmail. Jadi lebih mudah nak dapat approval! Pin saya baru je dihantar semalam Jun 20, 2009 mengikut apa yang dicetak dalam akaun google adsense saya. :D
Baca Selanjutnya..

Hari Bapa? Apsal lak sibuk nak tahu..!!

Salam semua, entri saya kali ini off topic kejap, mari kita kongsi pasal hari bapa ini. Sebelum beberapa sebelum ini kita menyambut hari Ibu dan sekarang hari Bapa pula. Budaya ini memang budaya luar tetapi bagi saya, menyambut hari bapa adalah baik kerana sekurang-kurangnya ada hari yang saya sendiri perlu ingatkan diri saya bahawa saya mempunyai bapa yang patut saya hargai!! (Incase saya terleka dengan kehidupan seharian)
Menurut Wikipedia,
Father's Day is a day honoring fathers, celebrated on the third Sunday of June in 52 of the world's countries and on other days elsewhere. It complements Mother's Day, the celebration honoring mothers.
Sedikit cerita mengenai bapa saya yang saya panggil sebagai ayah. Ayah saya merupakan seorang yang sangat tenang dalam berhadapan dalam kehidupan seharian, teringat lagi semasa saya kecil, saya melihat ayah saya setiap hari pergi ke chow kit dengan menaiki bas membeli barang mentah untuk meniaga di Segambut. Kehidupan masa itu memang susah, tetapi saya tidak pernah mengeluh sebaliknya tidak kisah kerana mungkin dah terbiasa agaknya sejak dari lahir lagi dengan kehidupan sebegitu.

Antara kenangan yang paling saya ingat mengenai ayah saya ialah senyumannya. Ayah saya sentiasa tersenyum kepada saya setiap kali saya pulang ke rumah semasa cuti mingguan di Universiti. Senyumannya amat ikhlas dan saya dapat rasakan yang dia amat gembira melihat saya, saya dapat lihat ada sesuatu yang membuatkan dia gembira, saya pula tidak berapa selesa dengan keadaan sebegitu kerana setiap minggu saya pulang ke rumah jadi rasanya kenapa ayah saya begitu ceria bila saya pulang??

Kini ayah saya telah tiada, saya amat rindukan ayah saya tetapi apa buleh buat selain dari menjadi anak yang soleh dan sentiasa mendoakan beliau. Dan yang pasti saya kena berjaya dalam hidup kerana senyumannya itu adalah senyuman kebanggaan dari seorang ayah yang melihat anaknya menjadi lebih baik dan pandai dari beliau.

Sekarang barulah saya sedar betapa sayangnya ayah saya kepada saya, tetapi saya sedar ketika ayah saya telah tiada. Kini isteri saya sedang mengandungkan anak kami yang pertama, dan saya akan menjadi ayah, dan saya akan menjadi seperti ayah saya yang sentiasa memberikan senyuman kepada anaknya dan sentiasa menghargai anaknya seperti yang ayah saya lakukan pada saya dahulu..

Walaupun ayah telah pergi, tetapi saya dapat rasakan kasih sayang yang mengalir dalam setiap denyutan nadi saya. Saya tahu ayah saya tetap ada bersama saya, mungkin saya menyesal kerana bersikap sombong dahulu, tetapi apa yang pasti ayah tidak pernah menyesal mempunyai anak seperti saya, SAYA AKAN BUKTIKAN AYAH!!!

"SELAMAT HARI BAPA, AYAH!!"
Baca Selanjutnya..

Saturday, June 20, 2009

Tak Logik Langsung RM 35 Setahun Kos Laman Web..

Salam semua, hari ini saya nak tunjukkan progres blog saya nie, anda sendiri tahu yang blog ini dibina menggunakan free servis dari blogger.com, URL http://jero-azrul.blogspot.com . Dan beberapa hari lalu saya telah menukar URL blog kepada nama domain saya sendiri dengan kos hanya RM 35!! Tak logik langsung..!! Memang tak logik kalau anda tak tahu bagaimana caranya. Dan yang pasti dengan RM 35 anda juga mempunyai Unlimited Bandwidth dan 1Gig Disk Space untuk image!!



Anda hanya perlukan domain sahaja dan hosting boleh dilakukan diblogger.com secara percuma!!



Anda boleh lihat sendiri dari gambar screenshot saya dibawah ini, hanya RM35 untuk kos operasi setahun, memang murah dan memang mampu dimiliki oleh semua orang. Jadi sepatutnya semua orang dapat mempromosi produk dan servis dengan kos paling rendahh!!

Nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca blog ini dan ikut Kelas Tutorial Blog Saya!!, bukan sahaja dapat tahu kos rendah, tetapi tahu juga bagaimana nak buat blog dengan lebih kemas dan cantik!! :D
Baca Selanjutnya..

Thursday, June 18, 2009

Restoran Bapak

Salam semua, ingin saya perkenalkan Restoran Bapak, Jalan Kuching yang akan menjadi salah satu klien saya menggunakan blog sebagai salah satu cara untuk mempromosikan servis mereka. Restoran Bapak merupakan restoran yang amat dikenali di kawasan Segambut. Restoran Bapak atau juga dikenali sebagai RB Catering telah beroperasi semenjak 15 tahun lalu di Taman City, Jalan Kuching Kuala Lumpur. Nama RB Catering adalah nama baru dikukuhkan sejak 2 tahun dan telah banyak membuat pelbagai hidangan yang istimewa, anda boleh pergi sendiri ke restoran tersebut untuk melihat lebih 40 jenis lauk hidangan tengahari dan malam.
Baca Selanjutnya..

Duit Adsense Berapa Pun Syukur..

Salam semua, hari ini saya dapat duit daripada adsense USD1.28, kira syukurlah daripada tak ada ye tak. Yang penting jangan klik sendiri nanti tak pasal-pasal kena banned dengan google. Bukan senang nak revoke akaun semula. Cerita punya cerita, duit adsense ni pun hasil daripada blog juga, bukannya saya buat spesial website pun, asalnya try-try tapi bila tengok duit dah menjadi apa salahnya teruskan. :p

Rasanya tak lama lagi saya akan buat opt-in mailing list dalam blog ini untuk memudahkan sesiapa yang berminat dengan cara saya mendapatkan duit google adsense, memang tak banyak jika berbanding dengan otai-otai lama yang sudah terlibat dengan adsense tapi bagi saya Duit Adsense Berapa Pun Syukur. Bagi mereka yang datang ke Kelas Tutorial Blog saya nanti! :D , saya akan bagi suprise mengenai google adsense saya ini.
Baca Selanjutnya..

Wednesday, June 17, 2009

Dzani Forex

Semalam saya membuat satu blog untuk Dzani9, kawan lama saya yang berkecimpung dalam bidang Forex dan sentiasa menganalisa setiap hari diblog beliau. Memang kental bro Dzani9 nie.

Tujuan entry ini ialah untuk menunjukkan bahawa blog juga boleh berfungsi sebagai web yang baik jika anda pandai memanipulasi sedikit grafik dengan template yang sedia ada. Ini merupakan salah satu live preview mengenai "Kelas Tutorial Blog" saya yang akan diadakan nanti tidak lama lagi. Kalau anda lihat gambar sebenarnya tidak siap sepenuhnya lagipun, tetapi itulah idea asas yang akan diterapi dalam memperkemaskini laman blog yang boleh memberikan reputasi yang baik kepada penulisnya. :d

Entry yang berikutnya saya akan tunjukkan perbandingan sebelum dan selepas (Screenshot Blog) dan saya akan terangkan kenapa beliau patut menukar blog beliau! Sketch manipulasi akan disiapkan sepenuhnya dan akan ditunjukkan kepada bro Dzani9, dan jika beliau suka memang puas hati.. :~

Ok, itu sahaja entry kali ini.. kalau anda ada apa-apa soalan boleh tulis kat bahagian komen kat bawahh.. :)
Baca Selanjutnya..

Stremyx down lagi..

Tengah-tengah buat kerja pagi ini, streamyx pula down.. :@ memang menggangu betul perjalanan kerja pagi-pagi, telefon streamyx line 100, depa kata depa repair kat kota kemuning dan minta maaf atas segala kesulitan.. Adeii, sadis betul saya rasa, mentang-mentang tak ada saingan yang hebat dari provider lain, memang suka hati ajalah depa nak buat apa bila-bila pun. Nasib baik ada celcom broadband sebagai backup (Prepaid Mode)..

Haa, cerita pasal celcom broadband, dulu dah 2 tahun saya guna celcom broadband fixed, sekarang bila ada prepaid pakailah prepaid lagipun tak selalu guna kat luar, banyak habiskan masa kat rumah aja. Kalau kat luar sekarang nie pun berlambak tempat offer free, macD, KFC, Secret Recipe, Bla Bla Bla.. :D

Cara nak guna celcom prepaid, dail *118# kemudian pilih broadband dan follow instruction .. RM6 sehari kalau untuk on broadband daily , dan RM20 7 hari untuk on broadband Weekly, kira oklah kalau balek kampung seminggu dan kos RM20 seminggu.
Baca Selanjutnya..

Tuesday, June 16, 2009

Pra-Lancar Kelas Tutorial Blog

Sedikit 'preview' mengenai Kelas Tutorial Blog saya!

*Maklumat mengenai KTB akan dibuat dari masa ke masa sehinggalah produk ini selesai sepenuhnya, ini bertujuan supaya anda dapat melihat sendiri bagaimana saya membina blog, minisite, banner dan sebagainya dari masa ke masa.. harap maklum"

Salam semua, saya akan melancarkan satu kelas tutorial blog bermula akhir bulan ini. Kelas tutorial blog ini sebenarnya sudah lama saya ingin jalankan sejak tahun lepas lagi tetapi tidak berkesempatan kerana saya banyak projek yang saya jalankan bersama rakan JV saya yang lain.

Kenapakah Saya Melancarkan Kelas Tutorial Blog?
Blog sudah lama dan semakin terkenal tetapi tidak ramai yang memahaminya secara lebih teliti. Jika anda perhatikan pada masa sekarang, semakin ramai yang telah mula berblogging tetapi tidak mendatangkan hasil yang sepatutnya kerana kekurangan pengalaman dalam membuat blog yang menarik dan kemas. Apa yang menarik ingin saya ketengahkan ialah anda boleh memulakan online bisnes anda dengan hampir 'zero cost'! Contohnya jelas anda lihat sekarang blog saya kemas dan menarik dan berfungsi seperti web yang dibina oleh pakar! tetapi sebenarnya hanya sedikit pengetahuan dan bimbingan anda terus boleh membina blog anda seperti saya.

Apakah beza antara Ebook Buat Blog Lain Dengan Kelas Tutorial Blog?
Saya akan bantu anda satu persatu dengan teknik ' hand on tutorial' di dalam kelas nanti, dan kelas akan dihadkan dalam bilangan yang kecil. Selepas kelas anda dijamin mempunyai blog dan kualiti berlainan dengan yang lain.

Anda akan diajar sepenuhnya menggunakan servis percuma dari http://blogspot.com dan juga sistem wordpress.

Saya juga akan menerangkan satu persatu mengenai domain, hosting, dan cara paling murah untuk maintain laman blog peribadi dan perniagaan anda..

Siapa saya?
Saya telah berkecimpung dalam bidang Internet secara serius sejak pertengahan 2006 dan mula mendapat pendapatan yang serius dalam Internet sejak dari itu. Saya bekerja sendiri dan Fulltime Blogger dan Web Developer di rumah saya.

Saya telah membina banyak blog, web, forum dan minisite sejak beberapa lama tetapi lebih kepada kegunaan saya sendiri dan juga rakan JV saya. Kali ini saya akan berkongsi dengan anda yang berminat untuk memulakan perniagaan internet atau memperkemaskini profil dan reputasi untuk terus maju dalam bisnes online. InsyaAllah.

-mr.azrul-




Contoh Iklan Banner Yang Saya Gunakan:

*Simple Text Animation akan diajar dalam kelas tutorial blog yang akan saya adakan nanti.
Baca Selanjutnya..

Monday, June 15, 2009

wanmus.com penipu!

Salam semua, wanmus.com penipu.. iya memang penipu kerana saya tidak percaya beliau mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan melalui blogging sahaja! wanmus.com memang penipu jka beliau tidak memberikan bukti screenshot yang terbaru dari pendapatan affiliate beliau.

Banyak bukti yang jelas mengenai Wanmus, beliau memang hebat dan bukannya penipu, dan merupakan salah seorang Internet Marketer yang saya hormati dan sanjungi.

Saya teringat lagi ketika saya mengenali beliau dari laman web Internet Marketer tempatan. Wanmus sanggup berhenti kerja untuk menumpukan masa yang lebih baik bersama keluarga dan membuat hobinya menjadi pendapatan yang lumayan. Bulan lepas sahaja anda boleh lihat beliau menjana pendapatan yang lumayan, sila ke blog beliau untuk melihat secara 'detail' dan bertanya beliau secara langsung di laman blog beliau.

Ini bukanlah perkara yang pelik tetapi hobi menjadi kerjaya adalah sesuatu yang amat menarik! Sedikit maklumat ringkas yang saya ambil dari blog beliau.
"wanmus.com adalah asas kepada nama wan mohd musyris…beliau seorang pelajar di UTM Skudai dan mengambil Ijazah Kejuruteraan Mekanikal selepas tamat Ijazah Sarjana Mudanya juga di UTM dengan jurusan Kejuruteraan Mekanikal-Major Kejuruteraan Bahan."
Jadi kenapakah wanmus begitu berjaya? Ini hanya sedikit komitmen dalam mengemaskini blog dan juga sentiasa aktif dan support komuniti cyber tempatan, lihatlah beliau begitu aktif dan juga telah menyokong laman blog saya yang tidak seberapa ini!

Jika anda ingin memulakan blog anda sebagai asas bisnes dan pendapatan online, silalah mempertimbangkan apa yang bakal saya tawarkan pada hujung bulan ini.. [Jangan Klik!!]
Baca Selanjutnya..

Sunday, June 14, 2009

wangcyber.com::forum IM tempatan

Salam semua, saya hari ini telah masuk semua bercampur dengan komuniti cyber yang lain di salah satu forum yang terkenal iaitu http://wangcyber.com . Saya telah lama tidak berforum kerana sibuk dengan projek yang berterusan sebelum ini.

Forum WangCyber telah lama ditubuhkan dan baru-baru ini forum ini telah menjadi satu tempat rujukan utama bagi golongan Internet Marketer tempatan yang semakin lincah dalam menghasilkan produk yang baik dan berkualiti, syabas saya ucapkan kepada mereka yang menjayakan forum ini.

Forum WangCyber menggunakan sistem Vbulletin 3.8.0 dan menggunakan aplikasi VBSEO 3.2.0, memang mantap!
Baca Selanjutnya..

Saturday, June 13, 2009

Tolong Jangan Buat Blog!!


Blogger memang sudah lama dikenali tambahan pula selepas turunnya Tun Dr.Mahathir yang juga blogging menggunakan blogger pada awalnya. Sekarang Tun sudah pun mempunyai blog peribadi sendiri untuk mencetuskan dan memberi pendapat kepada masyarakat umum. Jadi jelas budaya blogging ini merupakan satu kaedah penyampaian maklumat yang berkesan dan boleh dijadikan satu manifesto dan juga propaganda berkesan.

Blogger.com juga semakin lama semakin hebat dan semakin bertambah fungsinya sejak google juga menjalankan projek bersepadu sejak beberapa tahun lalu. Blogger juga percuma kepada semua yang ada akaun google mail.

Apa yang menarik sekarang ini ialah, blogger sudah menjadi satu laman yang 'fully customizeable', dimana anda boleh memasukkan menu ber'level' seperti laman web yang mempunyai hosting lain. Template juga judah menjadi semakin meluas dimana ramai yang membuat template dan javascript yang boleh digunakan secara percuma.

Jadi adalah amat rugi, jika anda masih tidak menggunakan blogger sebagai permulaan kegiatan internet selain mempunyai laman web sosial seperti facebook dan myspace.

Contoh yang baik ialah laman seorang blogger yang menggunakan blogger.com untuk membina reputasi. Anda boleh layari blog beliau disini [klik] . Encik Manan merupakan usahawan online dan offline dimana beliau membina reputasi yang baik dengan menceritakan pendangan, pengalaman dan kejayaan didalam blogspot beliau. Ini juga salah satu bukti yang baik dimana anda tidak perlukan domain dan hosting sendiri untuk membina reputasi atau portfolio diri anda. Teknik mudah ialah mempunyai network yang berkembangan melalui reputasi beliau dengan menggunakan blog dan yahoo messenger sahaja! Nampak simple tapi berkesan!

Sedikit latar belakang perniagaan Encik Manan secara ringkas, saya mengenali beliau ketika itu zaman mymode dan beliau merupakan salah seorang top leader. Selepas itu En. Manan meneruskan projek 'multi-income' dengan membuat franchise Daily Fresh dan mengeluarkan produk pencuci sendiri yang diberi nama ZaZZ.. . Beliau juga menjalankan MLM Ceramic yang memberi pulangan lumayan setiap bulan kepada beliau. Pendapatan beliau anda boleh nilai sendiri di blog beliau, beliau sangat suka berkongsi pendapatan bulanan beliau di laman blogspot peribadinya.


Baca Selanjutnya..

Program Adsense Pantas..

Salam semua, saya secara rasminya telah menubuhkan program adsense pantas pada awal bulan ini. Tujuan saya menubuhkan kumpulan adsense pantas ialah untuk berkongsi bagaimana saya mendapatkan wang melalui google adsense.

Apa yang menarik mengenai program ini, anda tidak memerlukan sebarang modal dan pengetahuan langsung mengenai google adsense!

Antara ciri-ciri menarik yang ingin saya tawarkan ialah:
  1. Tidak memerlukan domain dan hosting
  2. Menggunakan blogger 100%
  3. Percuma bimbingan mempelajari dan membina blog menggunakan blogger.
  4. Percuma bimbingan kaedah manipulasi template mengikut kesesuaian anda.
  5. Percuma bimbingan mempelajari dan menggunakan adsense tool.
Peluang ini dibuka kepada semua yang ada diluar sana, anda boleh menghubungi saya di mr.azrul@glcommerce.com. *Maklumat langsung mengenai program ini anda boleh lawati laman http://adsensepantas.blogspot.com/
Baca Selanjutnya..

Thursday, June 11, 2009

ADB PPB3K

Baru-baru ini saya dipanggil oleh kawan saya untuk join venture dalam pengurusan sales & marketing untuk

miorazli@sssabasic

Setelah berjumpa dengan beliau saya amat excited dengan modul program yang dipanggil ADB dan Program Produktiviti Bersepadu 3K. Program ADB (Anda Dilahirkan Berjaya) merupakan satu produk yang baik dan boleh diketengahkan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Kupasan yang baik dan sistem brain wash yang amat sesuai untuk mengenali potensi diri yang tidak ada batasan, meningkatkan produktivi dalam perniagaan dan organisasi.

Apa yang menarik yang sempat saya ambil dari presentation 3 Jam ialah:
  1. Kenal Diri - Penjelasan dari pelbagai perspektif
  2. Kuasa Minda
  3. Pengurusan Diri
  4. Pengurusan Rezeki
  5. Penyampaian Kreatif
Secara kesimpulan saya amat menyokong program dan modul beliau, cuma kalau untuk meningkatkan sales pada public, produk perlu dimodified sikit branding dan packaging.
Baca Selanjutnya..

Tahu Buat?

Tahu-Buat-Make Use-Full Use adalah satu baris perkataan teori yang mudah tetapi secara praktikalnya susah. Ironinya susah ini adalah untuk orang yang kurang berjaya dalam hidup dan hal ini mudah dan serasi bagi orang yang sentiasa berjaya dalam hidup.
Baca Selanjutnya..

Google Adsense Disabled!

hai, hari ini saya sangat kurang gembira disebabkan google adsense saya disabled.. ini berlaku disebabkan adanya aktiviti klik google adsense yang ketara dalam laman blog saya yang menjalankan adsense. Inilah bahaya yang mungkin anda hadapi jika menjalankan adsense. Ini boleh berlaku walaupun anda menjalankan adsense secara sihat, mana-mana 'third party' yang klik adsense anda secara konstant dalam masa yang singkat boleh menyebabkan adsense anda dibekukan dan mungkin terus tidak boleh digunakan lagi.
Baca Selanjutnya..

Wednesday, June 10, 2009

Kebelakangan ini...

Saya kebelakangan ini sedikit sibuk dengan pelbagai projek yang saya ingin bangunkan. Tetapi yang paling penting sekali bagi saya ialah projek sendiri dahulu. Saya mendapat offer dari beberapa orang yang berlainan dan produk dan servis masing-masing adalah amat baik sekali. Tetapi hidup mesti ada fokus dan matlamat jadi saya sendiri mesti pastikan fokus dan matlamat saya sendiri.
Baca Selanjutnya..

Saturday, June 6, 2009

Alhamdulillah..

Alhamdulillah, nampaknya adsense saya makin menjadi. Siapa sangka dari orang yang tidak tahu apa-apa tentang adsense dan realitinya mendapat pulangan adsense pula. Pendapatan adsense total hari ni ialah USD5.54 , kira oklah tu kan untuk permulaan. Selama ni 2 bulan dapat USD0.14sen sahaja..
Baca Selanjutnya..

Friday, June 5, 2009

Adsense hari ini..

Salam semua, hari ini saya agak sedikit terkejut dengan pendapatan adsense saya sendiri.. mungkin tak banyak bagi sesetengah tapi bagi saya amat berbaloi kerana rekod pertama kali saya mendapat $1.73 sehari.. memang bersemangat adsense ini.
Baca Selanjutnya..

emasfx-trade.blogspot.com

Pagi ini rajin pula saya menggodek blog saya yang lain.. salah satunya blog forex saya dimana saya suka postkan analisa dan signal terbaru.

Blog ini sengaja saya pilih rekaan padat dan tengoklah hasilnya sekarang.. berubah wajah 100%. Banyak ruang yang tidak gunakan saya masukkan adsense untuk memudahkan jika related content yang mungkin menarik minat pengunjung blog melihat isikandungan yang berkaitan.
Baca Selanjutnya..

Thursday, June 4, 2009

mampat.blogspot.com

mampat.blogspot.com , saya memang terang-terang saya tak mengetahui mengenai mampat ini. Mampat ialah Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu. Saya dapat pun melalui kredit gambar Stadium Sultan Mizan yang runtuh pada 2hb Jun 09 lepas.

Apa yang saya nak komen ialah, mampat menggunakan servis blogspot untuk menghostkan laman, memang menarik bagi saya kerana mampat merupakan organisasi yang serius tetapi hosting di blogspot. Komuniti blogspot sememangnya ramai dan saya tidak nafikan salah jika blogging di blogspot, cuma bagi saya kalau nak nampak serius eloknya kalau ada domain sendiri yang kosnya pun kurang dari RM100 kalau termasuk hosting.
Baca Selanjutnya..

Adsense Reality?


Salam semua, hari ini saya dikejutkan oleh isteri saya dimana saya melihat pertama kali adsense beliau mencecah hampir 3 dolar sehari. Kalau dahulu saya tidak percaya sangat dengan adsense dan cara agihan pendapatan, kali ini saya melihat sendiri beliau berjaya mendapatkan duit daripada adsense. Memang menarik bukan, saya lihat beliau mula pada awal May dimana pada awalnya hanya mendapat purata bawah 20 sen sehari. Pada saya pendapatan dari adsense adalah serius dan merupakan salah satu karier yang boleh berkembang dari masa ke masa seiring dengan perkembangan Internet.
Baca Selanjutnya..

Friday, May 29, 2009

MuhdFuad.com


Hai, ape khabar hari Jumaat ini.. Hari nie merupakan hari Jumaat terakhir bulan Mei.. makin hari makin cepat, orang tua kata dunia dah nak khiamat.. ok sekarang cerita semula pasal muhdfuad.com, web telah pun dibuat dan tunggu maklumat diisi sahaja dalam laman web.

Oleh kerana muhdfuad.com berkaitan banyak dengan fitness dan rekreasi maka laman web berbentuk sukan dengan tema warna silver menjadi pilihan saya.

Sistem pacuan laman menggunakan wordpress, tetapi sudah tentulah bagi Fuad sukar sedikit kerana baru belajar tambahan pula kena belajar edit gambar sikit sebanyak supaya sesuai untuk ditonjolkan dalam laman web tersebut.

Saya bangga denga Fuad kerana menyahut cabaran Nama Domain saya ..

URL: http://muhdfuad.com
Jenis: Sukan dan Rekreasi
Baca Selanjutnya..

Thursday, May 28, 2009

I'm Smiling

Hari ini saya bangun pagi dengan semangat yang positif dan ini merupakan salah satu cara untuk memperbaiki hidup saya ke arah yang lebih baik. Semangat baru dan fikiran positif adalah amat perlu. Teringat saya dahulu saya pernah mendengar dari salah sorang Ustaz, Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata "mulakan hari kamu dengan senyuman maka penutup hari juga akan berakhir dengan senyuman". Jadi bagi saya jelas disini kebaikan semangat dan fikiran positif setiap hari sebaik sahaja bangun pagi.

Fikiran positif juga perlu disertai dengan bayangan positif, jadi apa yang bakal berlaku juga fikirkan semua positif dan gembira. Jadi perkara inilah yang saya buat setiap hari kerana fikiran inilah akan membolehkahkan saya mencapai apa yang saya kehendaki dengan mudah dengan pertolongan dari Allah S.W.T .

Ok berbalik kepada cerita pagi ini, pagi ini saya membuka untuk melihat laman web , membuka graf Forex, dan juga menaip blog untuk memenuhkan masa saya.
Baca Selanjutnya..

Saturday, May 23, 2009

Fixing mohdazrul.com

Dalam beberapa hari nie, saya sibuk membaik pulih laman web profil saya, mohdazrul.com, masalah yang timbul sebenarnya plugin twitter, iaitu twitter tool - kiranya di laman web mohdazrul.com itu akan sentiasa keluar update jika saya buat sebarang twittering dari mana-mana aplikasi lain. Secara radikalnya saya terus remove wordpress dan delete database kerana asalnya saya install wordpress ini menggunakan auto-installation fantastico yang ada dalam hosting. Sebelum tuh memang saya ada export database dari phpmyadmin ke komputer saya.

Kesannya, saya mulakan semula isikandungan dalam mohdazrul.com , dah banyak saya tulis sebelum ini tetapi saya tidak masukkan kesemuanya. Bila lihat 'last searched term', ramai yang datang ke mohdazrul.com dari google search dan mereka mendapati maklumat yang dicari telah tiada. Minta maaf ye!

Akhirnya saya pakai twitter plugin paling ringkas dan baik iaitu twitter-for-wordpress , search aja twitter-for-wordpress anda akan dapat plugin yang saya maksudkan.

Laman mohdazrul.com akan dijadikan tempat profil saya sendiri, dimana saya akan update tentang aktiviti, idea dan pengalaman saya disana. Dengan cara ini maklumat dapat disampaikan secara dua hala dengan lebih berkesan. Dalam bahagian komen pula saya menggunakan 'threaded comment', itu pun selepas baca http://sembangkomputer.com - banyak jenis threaded comment wordpress plugin tapi saya malas nak cuba satu persatu, bila sembangkomputer dah bagi review, apa lagi saya pun pasanglah dan memang baik hasil plugin tersebut.
Baca Selanjutnya..

Wednesday, May 20, 2009

Twitter & Facebook

Gunungkini telah dilengkapkan dengan 2 lagi servis utama yang semakin berkembang iaitu twitter dan facebook. Penggunaan servis ini amat baik untuk menghubungkan ahli dah pelawat gunungkini yang semakin berkembangan. Twitter akan berfungsi untuk memaklumkan public mengenai berita terbaru, maklumat semasa (update melalui telefon), dan juga sebagai RRS Feed (twitter feed). Facebook adalah salah satu cara untuk memaklumkan maklumat secara pantas kepada pengguna facebook yang mana juga terdiri daripada komuniti outdoor Malaysia dan antarabangsa.
Baca Selanjutnya..

Sunday, May 17, 2009

gunungkini.com


Saya telah merancang untuk memulakan satu laman rekreasi yang dapat memberi lebih nilai kepada komuniti rekreasi dari masa ke masa.

Dengan itu saya membina http://gunungkini.com untuk menjadi satu tempat rujukan komuniti rekreasi ini.

Gunungkini.com akan bertindak sebagai media yang akan melaporkan berita terkini dari komuniti rekreasi ini.

Ahli gunungkini juga boleh menghantar artikel mereka ke laman web untuk dikongsi dengan ahli dan pelawat yang lain.




Gunungkini mempunyai beberapa ciri yang baik seperti:
  1. Rujukan Isikandungan Berpusat - menggunakan Joomla 1.5 sebagai pemacu isikandungan, interaksi 2 hala dan orang ketiga dapat dilakukan.
  2. Pasar Rekreasi- ciri pasar dimasukkan ke dalam gunungkini untuk memudahkan penjualan atau pertukaran barang outdoor dapat dilakukan dengan cekap.
  3. Forum - Internal forum dalam laman web (Fireboard 1.05 RC) dimana ahli tidak perlu daftar 2 kali untuk laman web dan forum.
Baca Selanjutnya..

Hafiz Juara AF7

Tahniah kepada Hafiz kerana menjadi juara AF7, membawa pulang hadiah wang tunai RM20, 000 , sebuah Honda Accord dan barangan lain. Tempat kedua Aril (AFundi masuk), Ketiga Akim , keempat Yazid dan kelima Isma.
Baca Selanjutnya..

Friday, May 15, 2009

Pengenalan Forex

Forex mudahnya ialah urusniaga matawang asing, iaitu mengambil untung dengan turun naik matawang yang berpasangan seperti matawang Euro dan matawang dollar Amerika dan disimbolkan sebagai Eur/Usd. Trader mengambil untung dengan pergerakan turun naik matawang ini, dalam setiap minggu setiap hari , setiap jam dan setiap saat pasti ada pergerakan turun naik matawang ini berdasarkan keadaan ekonomi sesebuah negara. Dengan mengambil contoh tadi, jika USD mengukuh lebih kuat dari Euro bermakna graf Eur/USD akan menurun, dan analisa yang dilakukan sebentar tadi dikenali sebagai 'fundamental analysis'. Fundamental Analysis dilakukan dengan mengambil kira ekonomi sesebuah negara melalui GDP, Unemployment Rate, Interest Rate dan sebagainya yang berkait dengan ekonomi.

Sekarang ini heboh diperkatakan ramai yang sudah menceburi forex dan ramai juga yang berminat untuk memulakan forex, dan ramai pula yang menjadi mangsa penipuan yang berkaitan forex.

Saya akan menerangkan satu persatu suasana sebenar forex di negara kita dan luar negara. Forex boleh diurusniaga dengan cara berikut:

  1. Modal Permulaan
  2. Trading Platform
  3. Broker
  4. Payment Gateway (Deposit & Withdrawal)
Modal Permulaan
Modal Permulaan sebenarnya tak perlu kerana anda boleh menggunakan demo (simulasi) pasaran sebenar menggunakan server demo dari broker yang anda pilih nanti. Walaubagaimanapun anda juga boleh memulakan dengan modal serendah USD 1(saranan saya USD10), atau anda boleh mula dengan capital yang besar USD10,000 - USD100,000.

Trading Platform
Terdapat beberapa jenis trading platform utama dalam urusniaga forex iaitu VTchart, Web-based (Java) , dan juga Metatrader 4.0 . Saya secara peribadi mencadangkan anda memulakan forex dengan menggunakan Metatrader 4.0 atau lebih dikenali dengan MT4.

Broker
Broker ialah tempat dimana anda deposit wang anda dan broker akan bertanggungjawab menguruskan duit anda sebelum, semasa, dan selepas transaksi dilakukan. Jadi berhati-hati memilih broker kerana ada yang menipu (scam). Cara untuk mengenalpasti dengan cepat ialah pastikan broker tersebut berlesen dibawah National Future Association (NFA) , US. Bermaksud secara mudahnya mesti under license NFA, US.

Payment Gateway
Anda boleh deposit duit anda ke broker melalui Telegraph Transfer (TT), kad kredit dan sebagainya. (bergantung kepada maklumat dari broker pilihan anda nanti).


http://emasfx-trade.blogspot.com
Baca Selanjutnya..

Wednesday, May 13, 2009

Idea Promosi Yang Baik



Saifulsham memang amat lincah dalam bidang bisnes online. Lihat produk terbarunya sistem kedai online, http://sistemkedaionline.com. Apa yang menarik disini, kaedah online marketingnya dengan menggunakan video dan yang penting background yang baik. Konsep pemasaran secara video ini harus difokuskan dan diketengahkan dengan serius. Dengan membuat fokus iklan dalam internet menggunakan video amat boleh memberikan keuntungan lumayan. Produk dan penjelasan boleh dibuat dalam bentuk video-shoot.

Produk fizikal memang tidak dapat dipisahkan dengan bisnes konvensional, ambil contoh seperti peniaga tudung di Jalan TAR, Kuala Lumpur, mereka semua menjalankan bisnes tudung selama berbelas tahun, adalah baik jika mereka dapat menjual tudung mereka secara pos. Sabah Sarawak dan Brunei tentu gembira mengenai hal ini.

Bagi peniaga fizikal, teknik perniagaan brick n mortar amat sesuai. Hanya perlukan satu shopping cart yang dapat merekod sale item, description dan jual price tentu baik. Semasa checkout jumlah pembelian dapat dibeli dikira automatik dan pembeli boleh memilih untuk membeli dalam pelbagai jenis cara (multiple payment gateaway). Pilihan sistem kedai online (SKO) ialah menggunakan zen cart (servis dan script percuma).

Jadi antara salah satu yang boleh difokus oleh mereka yang minat menjalankan bisnes online ialah shopping cart. Fokuskan shopping cart dan juga rekabentuk template shopping cart tersebut supaya bersesuaian dengan produk yang ingin dikeluarkan.

Selamat Maju Jaya!
http://mohdazrul.com
Baca Selanjutnya..

Tuesday, May 12, 2009

Personal Fitness Coach.

Salah seorang kawan saya Fuad, datang ke rumah saya dan membawa hadiah untuk anak pertama saya yang bakal lahir. Terima kasik kepada Fuad dan Isteri.. Fuad merupakan pemilik gym sport-excel dan sekarang ini beliau ingin membina kerjaya sebagai Personal Fitness Coach. Fuad telah lama berkecimpung dalam bidang Fitness ini sejak tahun 2000 lagi, mempunyai pelbagai pengalaman dan juga latihan rasmi mengenai Fitness.

Fuad datang untuk meminta panduan untuk mempromosi beliau menggunakan media Internet. Setelah berbincang seketika saya mencadangkan Fuad membuat perkara tersebut:

  1. Membuka laman web profil
  2. Membuka laman web rasmi
Laman Web Profil
Laman web profil amat penting kerana pelawat (bakal klien) akan menilai Fuad di sini. Pelawat juga akan menilai apa yang Fuad tulis, cadangkan, nasihat dan tunjuk ajar yang berterusan. Ini adalah untuk membentuk satu dynamic profile yang berterusan. Gaya penulisan lebih santai dan melibatkan komunikasi dua hala menggunakan komen di setiap artikel. Wordpress akan menjadi pilihan beliau sebagai medium web profil nanti.

Laman Web Rasmi
Laman web rasmi ialah laman web syarikat atau laman web utama. Laman web ini memaparkan maklumat yang lebih statik dan gaya penulisan adalah rasmi. Laman web rasmi ini eloknya dibuat dengan Joomla atau xoops. Ini memudahkan klien untuk login dan melihat maklumat terbaru dari Fuad nanti.

Baca Selanjutnya..

Sunday, May 10, 2009

Antivirus & Utilities Wajib!

Software wajib yang ada dalam komputer meja dan komputer riba saya ialah:
  1. Antivirus - Avast Antivirus
  2. Advanced System Care
  3. Total Uninstall
Avast Antivirus #Download
Avast merupakan salah satu antivirus yang baik, pelbagai antivirus yang telah saya gunakan selama ini termasuk yang dibeli sekali (saya tidak mahu sebutkan jenama), dan juga antivirus percuma seperti AVG, Panda dan sebagainya. Paling baik bagi saya ialah Avast kerana menggunakan memori yang sedikit berbandang antivirus yang lain, update virus list hampir setiap hari semasa saya online. Avast juga percuma dengan licence key, anda hanya perlu daftar dan tunggu license key / registration key dalam email anda. Jika sudah tamat tempoh anda boleh request untuk licence key / registration key baru tanpa sebarang bayaran dan masalah!

Advanced System Care #Download
Salah satu utilities tools yang baik, membasmi spyware (selalu melambatkan komputer), menghilangkan jejak penggunaan komputer secara automatik, mempunyai link ke smart defrag percuma - anda boleh download dan menggunakan secara percuma (smart defrag sahaja!). Registry Defrag, shortcut fixer dan macam-macam lagi. Satu software yang berbaloi jika digunakan, software ini perlu dibeli.

Total Uninstall #Download
Total Uninstall inilah yang mengurangkan kekerapan saya format komputer, selalunya jika banyak program dan uninstall program tersebut, registry tetap mengandungi maklumat registry, dengan menggunakan kaedah uninstall biasa akan menyebabkan komputer anda menjadi sarat dan prestasi menurun dengan teruk. Total Uninstall boleh membuang registry entry program tersebut dengan baik. Software ini juga harus dibeli setelah 30 hari penggunaan percuma.
Baca Selanjutnya..

Makin Hangat!


Semakin hari semakin ramai yang mahu blogging, ada yang keliru dimana hendak dimulakan, bila saya baca di forum-forum tempatan semakin ramai yang lahir dalam dunia Internet ini, ingin blogging seperti 'senior' mereka, ingin menjalankan perniagaan online dan juga bersosial secara online.

Mungkin lebih baik jika ada yang boleh membantu membuat panduan yang cukup lengkap dan berpandukan pengalaman serta kajian membuat satu panduan luarbiasa supaya mudah difahami oleh orang baru (newbies) yang ingin berkecimpung dalam dunia Internet ini. Pakej panduan asas yang dijual oleh usahawan IM bagi saya tidak mencukupi dan perlu ada persaingan yang lebih ketara lagi. Persaingan yang sihat akan membawa kepada kualiti yang baik dan bukannya semata-mata kuantiti.

Jadi sebenarnya produk asas blogging ini boleh lagi ditawarkan kepada orang baru ini, anda hanya perlu membuatnya lebih kemas teratur, dan buatkan dengan lebih baik 'step by step method' menggunakan .PDF dan juga MP4 / Avi.

Kepada yang lebih kreatif mungkin ada baiknya membuat pengkhususan, bayangkan semakin lama semakin ramai yang menceburkan diri dalam dunia Internet. Mereka ini semuanya mahukan blog, minisite, corporate web, dan juga self-profile.

Ambil salah satu langkah mudah iaitu khususkan dalam menjadi agen pengiklanan mereka, anda fokus kepada:
  1. Iklan Banner
  2. Bungkusan Produk
  3. Photo-Shoot
  4. Videography
Iklan Banner
Iklan Banner memang mudah, tetapi ketelitian memang perlu kerana anda harus mengkaji tema dan ciri-ciri asal produk seperti warna, gambar dan ikon, tagline dan deskripsi. Ada empat banner berbeza saiz yang harus dibuat iaitu 468x60 , 250x250, 120x600 dan 150x150 (px).

Bungkusan Produk
Bungkusan Produk atau ' product wrapper' juga sangat dikenali sebagai ecover atau ebook cover.

Photo-Shoot
Photo shoot memang bukan perkara baru, tetapi jika digunakan dengan kretiviti yang baik, hasil juga lumayan. Ada dua jenis photo shoot yang boleh dikembangkan iaitu photo shoot produk dan photo shoot korporat.

Videography
Kaedah video memang sangat kurang digunakan oleh usahawan Internet, jika anda fokus dalam bidang ini seperti membuat video produk seperti iklan ditelevisyen akan menguntungkan anda, tambahan pula video streaming boleh dilakukan terus melalui youtube sahaja tanpa menggunakan bandwith server anda sendiri.

Jika anda perhatikan idea di atas, sudah tentu anda tidak perlu bimbangkan untuk mendapatkan kerja lagi kerana anda sudah boleh menghasilkan servis anda sendiri!

Selamat Berjaya!
http://mohdazrul.com
Baca Selanjutnya..

Saturday, May 9, 2009

Greek Dance - Father & Son -Stavros Flatly

Video dari Britain Got Talent 2009, Greek Dance - Father & Son -Stavros Flatly amat menarik, hubungan antara bapa dan anak yang hebat. Saya kadangkala hairan kenapa kebanyakan ibu bapa masyarakat kita tidak menurunkan ego sedikit untuk bersama-sama dengan anak mereka dan juga sebaliknya.


Baca Selanjutnya..

Kenali Diri Untuk Mempertingkatkan Taraf Hidup.

Untuk mencapai tahap yang lebih baik dalam hidup, pengurusan perlu dilakukan kepada diri sendiri. Bukan sahaja pengurusan luar seperti mengurus diri secara fizikal tetapi menguruskan diri secara dalaman juga amat penting. Apa yang berlaku didalam diri akan terpancar diluar diri anda termasuklah kehidupan anda hari ini. Kehidupan yang dijalani seperti kebahagiaan adalah cermin kepada dalaman anda, jika dalaman anda tidak bahagia maka ketidakbahagiaan anda itu akan terpancar dalam kehidupan seharian anda Jadi adalah amat penting untuk anda mengenali diri anda sendiri, bukan sahaja mengenali secara biologi seperti bagaimana proses kejadian manusia dan sebagainya tetapi haruslah mengenali diri dari perspektif sains dan agama.
"Kehidupan anda pantulan dari dalaman anda"
Untuk mengenali diri lebih dekat lagi mari kita lihat antara fikiran logik dan tidak logik ini. Logik bermaksud nyata iaitu berlaku didepan mata kasar dan dapat difahami dan diterima oleh masyarakat sekeliling. Tidak logik pula ialah bermaksud tidak nyata iaitu hanya berlaku jika dalam keadaan khayal / mimpi dan tidak diterima oleh kebanyakan orang dalam masyarakat seharian.

Jadi pengkelasan secara mudahnya ialah sebenarnya minda kita mempunyai dua minda asas iaitu minda logik dan tidak logik atau juga dikenali orang barat iaitu concious mind dan subconcious mind dan juga dipanggil yin dan yang oleh masyarakat cina.

Jadi apa relevannya anda perlu mengenali hal-hal sebegini? Jawapannya ialah supaya anda dapat kenikmatan hidup didunia ini dan hari akhirat kelak. Anda berhak untuk mendapat syurga (kenikmatan) sebelum anda mati secara fizikal. Bentuk-bentuk kenikmatan berbeza pada setiap individu, kenikmatan yang akan difokuskan ialah kenikmatan mempunyai wang yang banyak, kerana dengan mempunyai wang anda dapat membuat apa yang anda buat sekarang ini dengan lebih kuat dan berkesan.

Jadi secara sedar atau tidak wang adalah satu perkara yang tidak boleh ditolak dalam kehidupan seharian. Anda mungkin terfikir ada yang bahagia tak perlu wang yang banyak pun, jawapannya ialah ini bukan soal wang yang banyak atau sikit tetapi ini adalah soal fokus kehidupan anda sendiri.

Apakah tujuan anda hidup didunia ini? adakah sekadar dilahirkan, belajar , bekerja, berkeluarga dan kemudian meninggal dunia? Atau hidup anda ialah untuk memberi nilai kepada orang lain, menyayangi sesama insan, dan memberikan cahaya kepada orang lain?

Sebab sebenar kehidupan juga ialah mencari cahaya, ibarat serangga yang keluar mencari cahaya, ibarat tumbuhan mencari cahaya untuk hidup. Cahaya ini sebenarnya ada dalam diri anda sendiri, jika anda cukup 'bercahaya' , anda dapat menerangkan orang lain dan paling baik anda dapat menghidupkan cahaya orang lain dengan percikan hebat dari cahaya anda sendiri.

Untuk menghidupkan cahaya dalam diri ialah dengan mengenali diri sendiri dari pelbagai sudut terutamanya sudut sains dan agama. Dan dorongan utama mencari cahaya ini adalah untuk mendapatkan lebih banyak wang.

Kenapa Wang Begitu Penting?
"People who got money, got power", orang yang banyak wang mempunyai kuasa. Jelas disini dalam kehidupan dunia ini, anda perlu wang untuk mempunyai kuasa. Kuasa ini pula ialah untuk membuat kebaikan dan bukannya kerosakan. Jika kuasa ini digunakan untuk membuat kebaikan maka hasilnya anda akan mendapat ketenangan dan hingga mendapat pelbagai manfaat lain hasil dari ketenangan diri setelah membantu orang lain.

Jadi fokus anda ialah menjadi JUTAWAN! supaya anda boleh memberikan kesenangan kepada orang lain kerana anda sudah mempunyai wang dan kuasa yang hebat. Jadi untuk menjadi jutawan bukanlah sesuatu yang mudah dan setelah menjadi jutawan juga bukanlah sesuatu yang mudah untuk anda kekalkan atau meningkatkan lagi taraf kewangan anda. Anda perlukan disiplin, komitmen dan juga Tenaga Langsung Dari Allah S.W.T. Semua yang diperoleh adalah kepunyaan Allah S.W.T dan kita hanya meminjamnya.
Baca Selanjutnya..

Friday, May 8, 2009

Rakyat Malaysia Mangsa Hutang.

Salam semua,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai hutang, berikut merupakan pengkelasan hutang yang wajib pada semua orang di malaysia.

  1. Hutang Belajar
  2. Hutang Kerja
  3. Hutang Kahwin
  4. Hutang Keluarga
Hutang Belajar
Hutang belajar merupakan satu perkara wajib yang dikenakan bagi individu yang lahir dan tinggal dan belajar di Malaysia. Hutang belajar terutama PTPTN / MARA untuk kelulusan Degree/Sarjana Muda biasanya berjumlah RM35-40 Ribu. Jadi sebelum anda bekerja anda akan dibebani hutang yang besar jumlahnya bagi orang yang belum bekerjaya.

Hutang ini bukan bermaksud hutang bagi pelajar IPTS sahaja, hutang ini juga berlaku kepada pelajar IPTA. Tiada apa yang beza, cuma bagi pelajar IPTA , mereka ini beruntung kerana mempunya duit lebih dari IPTS kerana yuran yang lebih murah.

Hutang Kerja
Hutang Kerja ialah hutang kad kredit , hutang ini berjumlah biasanya RM3-25 Ribu yang tidak disedari meningkat secara konstan. Selain kad kredit hutang pinjaman kereta berjumlah RM40-100 Ribu biasa dilakukan kerana untuk mengikut gaya hidup yang tidak sesuai dengan situasi semasa.

Hutang Kahwin
Hutang Kahwin biasanya berjumlah RM15-40 Ribu , hutang dibuat melalui personal loan atau hutang dari keluarga dan rakan.

Hutang Keluarga
Hutang keluarga berlaku bila anda membeli rumah sebagai memberikan satu 'security' kepada keluarga anda. Hutang ini berjumlah RM100-250 Ribu. Biasanya ini berlaku bila keluarga sebelah perempuan mencadangkan membeli rumah yang berdekatan antara ahli keluarga yang lain.

Jadi apa yang boleh disimpulkan disini jika anda tidak lakukan sesuatu tentang fenomena hutang ini, sampai bila-bila pun anda dibelenggu hutang. Hutang adalah ibarat barah dimana jika tidak dihapuskan ia akan menular dan menyebabkan kita jatuh sakit dan meninggal dunia. Jadi sama ada suka atau tidak itulah hakikat kehidupan majoriti rakyat Malaysia.
Baca Selanjutnya..

Jamie Pugh (HQ) Britain Got Talent 2009

Satu lagi video inspirasi bagi saya dari Britain Got Talent 2009. Jom tonton video dibawah.



Jamie Pugh bekerja sebagai pemandu van sebelah siang dan penghantar pizza sebelah malam, keinginan Jamie Pugh ingin menjadi penyanyi sebagai karier. Beliau tidak berjaya menjadi penyanyi kerana masalah fobia pentas (Stage Frighten), dan di Britain Got Talent 2009 beliau mengatasi masalah fobia pentas dengan semangat yang memberikan inspirasi.
Baca Selanjutnya..

Panduan Membeli Laptop.

Salam semua,

Laptop merupakan satu keperluan yang amat penting masa kini, pelbagai jenama terkenal seperti HP Compaq, Acer, Dell dan sebagainya dijual dengan harga yang semakin murah. Antara panduan yang boleh saya kongsikan dengan anda ialah:

  1. Processor
  2. Graphic Card
  3. RAM
  4. Hardisk
Processor
Processor yang anda patut pilih ialah pastikan jenis Intel Dual Core @ Core2 Duo dan ke atas. Yang penting jangan beli jenis Celeron, Atom (processor untuk laptop mini) . Kalau processor jenis AMD pun ok, cuma panas sedikit dan kuat makan bateri.

Graphic Card
Graphic card paling mudah ialah cari yang jenis dedicated memory dan elakkan dari integrated / shared memory (Kalau processor Intel ok, jangan beli AMD + shared memory), ayat yang biasa ditulis dikotak ialah Dedicator Memory 256mb. Ini kerana memori tidak dikongsi bersama RAM, sekaligus meningkatkan performace laptop anda.

RAM
Maksimumkan penggunaan RAM, saya cadangkan anda terus upgrade terus kepada 4 gig RAM , RAM percuma 1 gig tuh anda simpanlah sebagai kenangan atau hadiahkan pada rakan atau jiran anda.

Hardisk
Hardisk minium 250gig dan ke atas, ini kerana pada masa kini banyak program kerja seperti Adobe Suite sangat banyak memakan ruang simpanan. Tambahan pula anda kaki game atau kaki download / menorent menggunakan broadband.

Dengan mengikuti langkah mudah seperti diatas, anda boleh mempunyai laptop yang high performance dengan berbelanja kurang dari RM2300 untuk membeli laptop baru.

*Kalau nak bateri tahan lama, beli yang 6 cell ke atas . Tanyalah sikit berapa cell laptop yang menarik minat tuh pada promoter kedai.

Cara Dapat Laptop Murah
  1. Low Yat Plaza, Kuala Lumpur
  2. Lelong.com.my & Mudah.com.my
Low Yat Plaza, Kuala Lumpur
Untuk mendapatkan bargaining yang baik, saya selalu memilih untuk membuat survey, tetapi jangan membuang masa sangat, sekarang ini lebih baik anda beli sahaja dari kedai besar seperti All IT dan yang lain, elakkan dari beli dari penjual yang mengambil komisen ditepi-tepi laluan. Ini kerana biasanya mereka menawarkan banyak barang percuma tetapi kurang berkualiti seperti mouse, locker, upgrade RAM percuma, free windows vista (bukan original) dan sebagainya dengan anda menambahkan wang sebanyak RM200-300. Bagi saya ini tidak masuk akal menambah wang untuk barang tidak berkualiti. Bayangkan, jika anda keluar duit RM250 pun boleh beli original Windows Vista Home Premium, dan boleh install beberapa laptop dan pc anda sendiri pulak tu.

Lelong.com.my& Mudah.com.my
Ini tempat shopping utama saya, barang ini dijual dengan lebih murah, maklumlah tiada 'overhead cost' seperti membayar sewa kedai dan sebagainya. Biasanya ditempat ini ada ramai individu yang menjual barang mereka kerana beberapa sebab seperti kesempitan wang, dah beli tak suka, dan jangan terkejut kerana ada individu yang jenis pakai dan tolak semula. (sebab itulah tokey handphone kaya!)..
Baca Selanjutnya..

Thursday, May 7, 2009

Susan Boyle - sumber inspirasi

Britain Got Talent 2009 yang sangat memberi inspirasi kepada jutaan orang di dunia. Jom tonton dan hayati sendiri!



Susan Boyle yang berumur 47 tahun telah mengejutkan satu dunia dalam rancangan "Talent Show" terbesar iaitu Britain Got Talent 2009, penampilan sebagai makcik jiran sebelah rumah membuatkan ramai penonton mencebik beliau semasa beliau menyatakan hasratnya untuk menjadi penyanyi profesional antarabangsa seperti idola beliau Elaine Paige. Tapi disebalik cemuhan itu berlaku satu peristiwa yang pasti diingati oleh semua penonton. Lihat video untuk satu inspirasi baru kepada anda.. selamat menonton!
Baca Selanjutnya..

Kenapa Jero disini?

Salam sejahtara dan saya mengucapkan selamat berkenalan kepada semua. Sebelum saya membuat blog saya telah memikirkan apakah yang ingin saya sumbangkan melalui blog yang bakal saya buat.

Tujuan saya berblogging disini ialah untuk berkongsi maklumat dan idea saya kepada orang ramai. Dengan cara ini saya boleh berkongsi idea dan pendapat dengan lebih meluas berbanding dengan kaedah perjumpaan secara konvensional.


Untuk pengetahuan anda semua, saya aktif dalam mencari duit online dan juga merupakan seorang penggiat outdoor yang serius dan berkomitmen. Saya mempunyai banyak masa tambahan pula saya bekerja dirumah sejak akhir tahun 2006 lagi.

Bidang saya ialah bidang produk dan pemasaran Internet, pengurusan kewangan, semua jenis rekreasi luar, dan juga 'self development' secara luaran dan dalaman.

-mr.azrul-
Baca Selanjutnya..

Wednesday, May 6, 2009

Blogging di blogger

Salam semua, kenapa saya nak rajin blogging diblogspot pula? Bagi saya blogging ditempat percuma ini juga penting. Ibarat meninggalkan monumen jika kita dah meninggal dunia nanti. Sebenarnya saya memiliki juga hosting sendiri dan telah running mini site, forum dan portal. Cuma bila saya lihat fotopages dan free service yang lain terasa juga ada baiknya blogging ditempat percuma seperti ini juga memberikan kebaikan iaitu saya tidak perlu bayar maintenance.. hehe..
Baca Selanjutnya..

Friday, May 1, 2009

About Jero


Jero @ mr.azrul merupakan seorang yang aktif dan bekerja sendiri secara serius sejak 2006. Jero dalam bidang bisnes online dikenali juga sebab Bizz juga seorang penganjur pelbagai program besar, antara yang paling lama beliau terlibat ialah menganjurkan seminar forex dari awal tahun 2007 hingga akhir 2008. Pengalaman membuat produk dan servis sendiri semakin banyak dan sekarang ini beliau banyak membantu kawan - kawan sekeliling beliau.

Beliau merupakan seorang lepasan MMU (Multimedia University) Bach. Of Ecommerce. Seorang yang aktif dalam bidang outdoor dan juga terlibat dalam menjalankan banyak projek rekreasi dalam bidang pengurusan dan juga peserta.

Jero amat berminat dalam bisnes Internet online dan mempunyai banyak idea dan kretiviti yang luarbiasa. Beliau sangat faham dengan kaedah menjana wang online melalui pelbagai cara. Jadi projek terbaru beliau ialah membina satu bisnes online tanpa kos (menggunakan semua servis percuma dari Internet) dan membantu orang ramai yang masih tidak faham memulakan dan mengekalkan bisnes online supaya menjadi satu punca pendapatan yang serius.

Kepakaran & Kebolehan
  1. Joomla - Membina Laman Portal (Site Construction & Template Manipulation)
  2. Wordpress - Membina Laman CMS & Blog (Site Construction & Template Manipulation)
  3. Vbulletin - Installation, Setup, Configuring & Maintenance
  4. Bloggger - (Site Construction & Template Manipulation)
  5. Minisite - Sales Letter & Affiliate System


Anda boleh mengenali beliau dengan lebih dekat:

Jero Azrul's Facebook Profile
Baca Selanjutnya..
 

Mohd Azrul.Net Copyright © 2009