Friday, May 29, 2009

MuhdFuad.com


Hai, ape khabar hari Jumaat ini.. Hari nie merupakan hari Jumaat terakhir bulan Mei.. makin hari makin cepat, orang tua kata dunia dah nak khiamat.. ok sekarang cerita semula pasal muhdfuad.com, web telah pun dibuat dan tunggu maklumat diisi sahaja dalam laman web.

Oleh kerana muhdfuad.com berkaitan banyak dengan fitness dan rekreasi maka laman web berbentuk sukan dengan tema warna silver menjadi pilihan saya.

Sistem pacuan laman menggunakan wordpress, tetapi sudah tentulah bagi Fuad sukar sedikit kerana baru belajar tambahan pula kena belajar edit gambar sikit sebanyak supaya sesuai untuk ditonjolkan dalam laman web tersebut.

Saya bangga denga Fuad kerana menyahut cabaran Nama Domain saya ..

URL: http://muhdfuad.com
Jenis: Sukan dan Rekreasi
Baca Selanjutnya..

Thursday, May 28, 2009

I'm Smiling

Hari ini saya bangun pagi dengan semangat yang positif dan ini merupakan salah satu cara untuk memperbaiki hidup saya ke arah yang lebih baik. Semangat baru dan fikiran positif adalah amat perlu. Teringat saya dahulu saya pernah mendengar dari salah sorang Ustaz, Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata "mulakan hari kamu dengan senyuman maka penutup hari juga akan berakhir dengan senyuman". Jadi bagi saya jelas disini kebaikan semangat dan fikiran positif setiap hari sebaik sahaja bangun pagi.

Fikiran positif juga perlu disertai dengan bayangan positif, jadi apa yang bakal berlaku juga fikirkan semua positif dan gembira. Jadi perkara inilah yang saya buat setiap hari kerana fikiran inilah akan membolehkahkan saya mencapai apa yang saya kehendaki dengan mudah dengan pertolongan dari Allah S.W.T .

Ok berbalik kepada cerita pagi ini, pagi ini saya membuka untuk melihat laman web , membuka graf Forex, dan juga menaip blog untuk memenuhkan masa saya.
Baca Selanjutnya..

Saturday, May 23, 2009

Fixing mohdazrul.com

Dalam beberapa hari nie, saya sibuk membaik pulih laman web profil saya, mohdazrul.com, masalah yang timbul sebenarnya plugin twitter, iaitu twitter tool - kiranya di laman web mohdazrul.com itu akan sentiasa keluar update jika saya buat sebarang twittering dari mana-mana aplikasi lain. Secara radikalnya saya terus remove wordpress dan delete database kerana asalnya saya install wordpress ini menggunakan auto-installation fantastico yang ada dalam hosting. Sebelum tuh memang saya ada export database dari phpmyadmin ke komputer saya.

Kesannya, saya mulakan semula isikandungan dalam mohdazrul.com , dah banyak saya tulis sebelum ini tetapi saya tidak masukkan kesemuanya. Bila lihat 'last searched term', ramai yang datang ke mohdazrul.com dari google search dan mereka mendapati maklumat yang dicari telah tiada. Minta maaf ye!

Akhirnya saya pakai twitter plugin paling ringkas dan baik iaitu twitter-for-wordpress , search aja twitter-for-wordpress anda akan dapat plugin yang saya maksudkan.

Laman mohdazrul.com akan dijadikan tempat profil saya sendiri, dimana saya akan update tentang aktiviti, idea dan pengalaman saya disana. Dengan cara ini maklumat dapat disampaikan secara dua hala dengan lebih berkesan. Dalam bahagian komen pula saya menggunakan 'threaded comment', itu pun selepas baca http://sembangkomputer.com - banyak jenis threaded comment wordpress plugin tapi saya malas nak cuba satu persatu, bila sembangkomputer dah bagi review, apa lagi saya pun pasanglah dan memang baik hasil plugin tersebut.
Baca Selanjutnya..

Wednesday, May 20, 2009

Twitter & Facebook

Gunungkini telah dilengkapkan dengan 2 lagi servis utama yang semakin berkembang iaitu twitter dan facebook. Penggunaan servis ini amat baik untuk menghubungkan ahli dah pelawat gunungkini yang semakin berkembangan. Twitter akan berfungsi untuk memaklumkan public mengenai berita terbaru, maklumat semasa (update melalui telefon), dan juga sebagai RRS Feed (twitter feed). Facebook adalah salah satu cara untuk memaklumkan maklumat secara pantas kepada pengguna facebook yang mana juga terdiri daripada komuniti outdoor Malaysia dan antarabangsa.
Baca Selanjutnya..

Sunday, May 17, 2009

gunungkini.com


Saya telah merancang untuk memulakan satu laman rekreasi yang dapat memberi lebih nilai kepada komuniti rekreasi dari masa ke masa.

Dengan itu saya membina http://gunungkini.com untuk menjadi satu tempat rujukan komuniti rekreasi ini.

Gunungkini.com akan bertindak sebagai media yang akan melaporkan berita terkini dari komuniti rekreasi ini.

Ahli gunungkini juga boleh menghantar artikel mereka ke laman web untuk dikongsi dengan ahli dan pelawat yang lain.




Gunungkini mempunyai beberapa ciri yang baik seperti:
  1. Rujukan Isikandungan Berpusat - menggunakan Joomla 1.5 sebagai pemacu isikandungan, interaksi 2 hala dan orang ketiga dapat dilakukan.
  2. Pasar Rekreasi- ciri pasar dimasukkan ke dalam gunungkini untuk memudahkan penjualan atau pertukaran barang outdoor dapat dilakukan dengan cekap.
  3. Forum - Internal forum dalam laman web (Fireboard 1.05 RC) dimana ahli tidak perlu daftar 2 kali untuk laman web dan forum.
Baca Selanjutnya..

Hafiz Juara AF7

Tahniah kepada Hafiz kerana menjadi juara AF7, membawa pulang hadiah wang tunai RM20, 000 , sebuah Honda Accord dan barangan lain. Tempat kedua Aril (AFundi masuk), Ketiga Akim , keempat Yazid dan kelima Isma.
Baca Selanjutnya..

Friday, May 15, 2009

Pengenalan Forex

Forex mudahnya ialah urusniaga matawang asing, iaitu mengambil untung dengan turun naik matawang yang berpasangan seperti matawang Euro dan matawang dollar Amerika dan disimbolkan sebagai Eur/Usd. Trader mengambil untung dengan pergerakan turun naik matawang ini, dalam setiap minggu setiap hari , setiap jam dan setiap saat pasti ada pergerakan turun naik matawang ini berdasarkan keadaan ekonomi sesebuah negara. Dengan mengambil contoh tadi, jika USD mengukuh lebih kuat dari Euro bermakna graf Eur/USD akan menurun, dan analisa yang dilakukan sebentar tadi dikenali sebagai 'fundamental analysis'. Fundamental Analysis dilakukan dengan mengambil kira ekonomi sesebuah negara melalui GDP, Unemployment Rate, Interest Rate dan sebagainya yang berkait dengan ekonomi.

Sekarang ini heboh diperkatakan ramai yang sudah menceburi forex dan ramai juga yang berminat untuk memulakan forex, dan ramai pula yang menjadi mangsa penipuan yang berkaitan forex.

Saya akan menerangkan satu persatu suasana sebenar forex di negara kita dan luar negara. Forex boleh diurusniaga dengan cara berikut:

  1. Modal Permulaan
  2. Trading Platform
  3. Broker
  4. Payment Gateway (Deposit & Withdrawal)
Modal Permulaan
Modal Permulaan sebenarnya tak perlu kerana anda boleh menggunakan demo (simulasi) pasaran sebenar menggunakan server demo dari broker yang anda pilih nanti. Walaubagaimanapun anda juga boleh memulakan dengan modal serendah USD 1(saranan saya USD10), atau anda boleh mula dengan capital yang besar USD10,000 - USD100,000.

Trading Platform
Terdapat beberapa jenis trading platform utama dalam urusniaga forex iaitu VTchart, Web-based (Java) , dan juga Metatrader 4.0 . Saya secara peribadi mencadangkan anda memulakan forex dengan menggunakan Metatrader 4.0 atau lebih dikenali dengan MT4.

Broker
Broker ialah tempat dimana anda deposit wang anda dan broker akan bertanggungjawab menguruskan duit anda sebelum, semasa, dan selepas transaksi dilakukan. Jadi berhati-hati memilih broker kerana ada yang menipu (scam). Cara untuk mengenalpasti dengan cepat ialah pastikan broker tersebut berlesen dibawah National Future Association (NFA) , US. Bermaksud secara mudahnya mesti under license NFA, US.

Payment Gateway
Anda boleh deposit duit anda ke broker melalui Telegraph Transfer (TT), kad kredit dan sebagainya. (bergantung kepada maklumat dari broker pilihan anda nanti).


http://emasfx-trade.blogspot.com
Baca Selanjutnya..

Wednesday, May 13, 2009

Idea Promosi Yang Baik



Saifulsham memang amat lincah dalam bidang bisnes online. Lihat produk terbarunya sistem kedai online, http://sistemkedaionline.com. Apa yang menarik disini, kaedah online marketingnya dengan menggunakan video dan yang penting background yang baik. Konsep pemasaran secara video ini harus difokuskan dan diketengahkan dengan serius. Dengan membuat fokus iklan dalam internet menggunakan video amat boleh memberikan keuntungan lumayan. Produk dan penjelasan boleh dibuat dalam bentuk video-shoot.

Produk fizikal memang tidak dapat dipisahkan dengan bisnes konvensional, ambil contoh seperti peniaga tudung di Jalan TAR, Kuala Lumpur, mereka semua menjalankan bisnes tudung selama berbelas tahun, adalah baik jika mereka dapat menjual tudung mereka secara pos. Sabah Sarawak dan Brunei tentu gembira mengenai hal ini.

Bagi peniaga fizikal, teknik perniagaan brick n mortar amat sesuai. Hanya perlukan satu shopping cart yang dapat merekod sale item, description dan jual price tentu baik. Semasa checkout jumlah pembelian dapat dibeli dikira automatik dan pembeli boleh memilih untuk membeli dalam pelbagai jenis cara (multiple payment gateaway). Pilihan sistem kedai online (SKO) ialah menggunakan zen cart (servis dan script percuma).

Jadi antara salah satu yang boleh difokus oleh mereka yang minat menjalankan bisnes online ialah shopping cart. Fokuskan shopping cart dan juga rekabentuk template shopping cart tersebut supaya bersesuaian dengan produk yang ingin dikeluarkan.

Selamat Maju Jaya!
http://mohdazrul.com
Baca Selanjutnya..

Tuesday, May 12, 2009

Personal Fitness Coach.

Salah seorang kawan saya Fuad, datang ke rumah saya dan membawa hadiah untuk anak pertama saya yang bakal lahir. Terima kasik kepada Fuad dan Isteri.. Fuad merupakan pemilik gym sport-excel dan sekarang ini beliau ingin membina kerjaya sebagai Personal Fitness Coach. Fuad telah lama berkecimpung dalam bidang Fitness ini sejak tahun 2000 lagi, mempunyai pelbagai pengalaman dan juga latihan rasmi mengenai Fitness.

Fuad datang untuk meminta panduan untuk mempromosi beliau menggunakan media Internet. Setelah berbincang seketika saya mencadangkan Fuad membuat perkara tersebut:

  1. Membuka laman web profil
  2. Membuka laman web rasmi
Laman Web Profil
Laman web profil amat penting kerana pelawat (bakal klien) akan menilai Fuad di sini. Pelawat juga akan menilai apa yang Fuad tulis, cadangkan, nasihat dan tunjuk ajar yang berterusan. Ini adalah untuk membentuk satu dynamic profile yang berterusan. Gaya penulisan lebih santai dan melibatkan komunikasi dua hala menggunakan komen di setiap artikel. Wordpress akan menjadi pilihan beliau sebagai medium web profil nanti.

Laman Web Rasmi
Laman web rasmi ialah laman web syarikat atau laman web utama. Laman web ini memaparkan maklumat yang lebih statik dan gaya penulisan adalah rasmi. Laman web rasmi ini eloknya dibuat dengan Joomla atau xoops. Ini memudahkan klien untuk login dan melihat maklumat terbaru dari Fuad nanti.

Baca Selanjutnya..

Sunday, May 10, 2009

Antivirus & Utilities Wajib!

Software wajib yang ada dalam komputer meja dan komputer riba saya ialah:
  1. Antivirus - Avast Antivirus
  2. Advanced System Care
  3. Total Uninstall
Avast Antivirus #Download
Avast merupakan salah satu antivirus yang baik, pelbagai antivirus yang telah saya gunakan selama ini termasuk yang dibeli sekali (saya tidak mahu sebutkan jenama), dan juga antivirus percuma seperti AVG, Panda dan sebagainya. Paling baik bagi saya ialah Avast kerana menggunakan memori yang sedikit berbandang antivirus yang lain, update virus list hampir setiap hari semasa saya online. Avast juga percuma dengan licence key, anda hanya perlu daftar dan tunggu license key / registration key dalam email anda. Jika sudah tamat tempoh anda boleh request untuk licence key / registration key baru tanpa sebarang bayaran dan masalah!

Advanced System Care #Download
Salah satu utilities tools yang baik, membasmi spyware (selalu melambatkan komputer), menghilangkan jejak penggunaan komputer secara automatik, mempunyai link ke smart defrag percuma - anda boleh download dan menggunakan secara percuma (smart defrag sahaja!). Registry Defrag, shortcut fixer dan macam-macam lagi. Satu software yang berbaloi jika digunakan, software ini perlu dibeli.

Total Uninstall #Download
Total Uninstall inilah yang mengurangkan kekerapan saya format komputer, selalunya jika banyak program dan uninstall program tersebut, registry tetap mengandungi maklumat registry, dengan menggunakan kaedah uninstall biasa akan menyebabkan komputer anda menjadi sarat dan prestasi menurun dengan teruk. Total Uninstall boleh membuang registry entry program tersebut dengan baik. Software ini juga harus dibeli setelah 30 hari penggunaan percuma.
Baca Selanjutnya..

Makin Hangat!


Semakin hari semakin ramai yang mahu blogging, ada yang keliru dimana hendak dimulakan, bila saya baca di forum-forum tempatan semakin ramai yang lahir dalam dunia Internet ini, ingin blogging seperti 'senior' mereka, ingin menjalankan perniagaan online dan juga bersosial secara online.

Mungkin lebih baik jika ada yang boleh membantu membuat panduan yang cukup lengkap dan berpandukan pengalaman serta kajian membuat satu panduan luarbiasa supaya mudah difahami oleh orang baru (newbies) yang ingin berkecimpung dalam dunia Internet ini. Pakej panduan asas yang dijual oleh usahawan IM bagi saya tidak mencukupi dan perlu ada persaingan yang lebih ketara lagi. Persaingan yang sihat akan membawa kepada kualiti yang baik dan bukannya semata-mata kuantiti.

Jadi sebenarnya produk asas blogging ini boleh lagi ditawarkan kepada orang baru ini, anda hanya perlu membuatnya lebih kemas teratur, dan buatkan dengan lebih baik 'step by step method' menggunakan .PDF dan juga MP4 / Avi.

Kepada yang lebih kreatif mungkin ada baiknya membuat pengkhususan, bayangkan semakin lama semakin ramai yang menceburkan diri dalam dunia Internet. Mereka ini semuanya mahukan blog, minisite, corporate web, dan juga self-profile.

Ambil salah satu langkah mudah iaitu khususkan dalam menjadi agen pengiklanan mereka, anda fokus kepada:
  1. Iklan Banner
  2. Bungkusan Produk
  3. Photo-Shoot
  4. Videography
Iklan Banner
Iklan Banner memang mudah, tetapi ketelitian memang perlu kerana anda harus mengkaji tema dan ciri-ciri asal produk seperti warna, gambar dan ikon, tagline dan deskripsi. Ada empat banner berbeza saiz yang harus dibuat iaitu 468x60 , 250x250, 120x600 dan 150x150 (px).

Bungkusan Produk
Bungkusan Produk atau ' product wrapper' juga sangat dikenali sebagai ecover atau ebook cover.

Photo-Shoot
Photo shoot memang bukan perkara baru, tetapi jika digunakan dengan kretiviti yang baik, hasil juga lumayan. Ada dua jenis photo shoot yang boleh dikembangkan iaitu photo shoot produk dan photo shoot korporat.

Videography
Kaedah video memang sangat kurang digunakan oleh usahawan Internet, jika anda fokus dalam bidang ini seperti membuat video produk seperti iklan ditelevisyen akan menguntungkan anda, tambahan pula video streaming boleh dilakukan terus melalui youtube sahaja tanpa menggunakan bandwith server anda sendiri.

Jika anda perhatikan idea di atas, sudah tentu anda tidak perlu bimbangkan untuk mendapatkan kerja lagi kerana anda sudah boleh menghasilkan servis anda sendiri!

Selamat Berjaya!
http://mohdazrul.com
Baca Selanjutnya..

Saturday, May 9, 2009

Greek Dance - Father & Son -Stavros Flatly

Video dari Britain Got Talent 2009, Greek Dance - Father & Son -Stavros Flatly amat menarik, hubungan antara bapa dan anak yang hebat. Saya kadangkala hairan kenapa kebanyakan ibu bapa masyarakat kita tidak menurunkan ego sedikit untuk bersama-sama dengan anak mereka dan juga sebaliknya.


Baca Selanjutnya..

Kenali Diri Untuk Mempertingkatkan Taraf Hidup.

Untuk mencapai tahap yang lebih baik dalam hidup, pengurusan perlu dilakukan kepada diri sendiri. Bukan sahaja pengurusan luar seperti mengurus diri secara fizikal tetapi menguruskan diri secara dalaman juga amat penting. Apa yang berlaku didalam diri akan terpancar diluar diri anda termasuklah kehidupan anda hari ini. Kehidupan yang dijalani seperti kebahagiaan adalah cermin kepada dalaman anda, jika dalaman anda tidak bahagia maka ketidakbahagiaan anda itu akan terpancar dalam kehidupan seharian anda Jadi adalah amat penting untuk anda mengenali diri anda sendiri, bukan sahaja mengenali secara biologi seperti bagaimana proses kejadian manusia dan sebagainya tetapi haruslah mengenali diri dari perspektif sains dan agama.
"Kehidupan anda pantulan dari dalaman anda"
Untuk mengenali diri lebih dekat lagi mari kita lihat antara fikiran logik dan tidak logik ini. Logik bermaksud nyata iaitu berlaku didepan mata kasar dan dapat difahami dan diterima oleh masyarakat sekeliling. Tidak logik pula ialah bermaksud tidak nyata iaitu hanya berlaku jika dalam keadaan khayal / mimpi dan tidak diterima oleh kebanyakan orang dalam masyarakat seharian.

Jadi pengkelasan secara mudahnya ialah sebenarnya minda kita mempunyai dua minda asas iaitu minda logik dan tidak logik atau juga dikenali orang barat iaitu concious mind dan subconcious mind dan juga dipanggil yin dan yang oleh masyarakat cina.

Jadi apa relevannya anda perlu mengenali hal-hal sebegini? Jawapannya ialah supaya anda dapat kenikmatan hidup didunia ini dan hari akhirat kelak. Anda berhak untuk mendapat syurga (kenikmatan) sebelum anda mati secara fizikal. Bentuk-bentuk kenikmatan berbeza pada setiap individu, kenikmatan yang akan difokuskan ialah kenikmatan mempunyai wang yang banyak, kerana dengan mempunyai wang anda dapat membuat apa yang anda buat sekarang ini dengan lebih kuat dan berkesan.

Jadi secara sedar atau tidak wang adalah satu perkara yang tidak boleh ditolak dalam kehidupan seharian. Anda mungkin terfikir ada yang bahagia tak perlu wang yang banyak pun, jawapannya ialah ini bukan soal wang yang banyak atau sikit tetapi ini adalah soal fokus kehidupan anda sendiri.

Apakah tujuan anda hidup didunia ini? adakah sekadar dilahirkan, belajar , bekerja, berkeluarga dan kemudian meninggal dunia? Atau hidup anda ialah untuk memberi nilai kepada orang lain, menyayangi sesama insan, dan memberikan cahaya kepada orang lain?

Sebab sebenar kehidupan juga ialah mencari cahaya, ibarat serangga yang keluar mencari cahaya, ibarat tumbuhan mencari cahaya untuk hidup. Cahaya ini sebenarnya ada dalam diri anda sendiri, jika anda cukup 'bercahaya' , anda dapat menerangkan orang lain dan paling baik anda dapat menghidupkan cahaya orang lain dengan percikan hebat dari cahaya anda sendiri.

Untuk menghidupkan cahaya dalam diri ialah dengan mengenali diri sendiri dari pelbagai sudut terutamanya sudut sains dan agama. Dan dorongan utama mencari cahaya ini adalah untuk mendapatkan lebih banyak wang.

Kenapa Wang Begitu Penting?
"People who got money, got power", orang yang banyak wang mempunyai kuasa. Jelas disini dalam kehidupan dunia ini, anda perlu wang untuk mempunyai kuasa. Kuasa ini pula ialah untuk membuat kebaikan dan bukannya kerosakan. Jika kuasa ini digunakan untuk membuat kebaikan maka hasilnya anda akan mendapat ketenangan dan hingga mendapat pelbagai manfaat lain hasil dari ketenangan diri setelah membantu orang lain.

Jadi fokus anda ialah menjadi JUTAWAN! supaya anda boleh memberikan kesenangan kepada orang lain kerana anda sudah mempunyai wang dan kuasa yang hebat. Jadi untuk menjadi jutawan bukanlah sesuatu yang mudah dan setelah menjadi jutawan juga bukanlah sesuatu yang mudah untuk anda kekalkan atau meningkatkan lagi taraf kewangan anda. Anda perlukan disiplin, komitmen dan juga Tenaga Langsung Dari Allah S.W.T. Semua yang diperoleh adalah kepunyaan Allah S.W.T dan kita hanya meminjamnya.
Baca Selanjutnya..

Friday, May 8, 2009

Rakyat Malaysia Mangsa Hutang.

Salam semua,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai hutang, berikut merupakan pengkelasan hutang yang wajib pada semua orang di malaysia.

  1. Hutang Belajar
  2. Hutang Kerja
  3. Hutang Kahwin
  4. Hutang Keluarga
Hutang Belajar
Hutang belajar merupakan satu perkara wajib yang dikenakan bagi individu yang lahir dan tinggal dan belajar di Malaysia. Hutang belajar terutama PTPTN / MARA untuk kelulusan Degree/Sarjana Muda biasanya berjumlah RM35-40 Ribu. Jadi sebelum anda bekerja anda akan dibebani hutang yang besar jumlahnya bagi orang yang belum bekerjaya.

Hutang ini bukan bermaksud hutang bagi pelajar IPTS sahaja, hutang ini juga berlaku kepada pelajar IPTA. Tiada apa yang beza, cuma bagi pelajar IPTA , mereka ini beruntung kerana mempunya duit lebih dari IPTS kerana yuran yang lebih murah.

Hutang Kerja
Hutang Kerja ialah hutang kad kredit , hutang ini berjumlah biasanya RM3-25 Ribu yang tidak disedari meningkat secara konstan. Selain kad kredit hutang pinjaman kereta berjumlah RM40-100 Ribu biasa dilakukan kerana untuk mengikut gaya hidup yang tidak sesuai dengan situasi semasa.

Hutang Kahwin
Hutang Kahwin biasanya berjumlah RM15-40 Ribu , hutang dibuat melalui personal loan atau hutang dari keluarga dan rakan.

Hutang Keluarga
Hutang keluarga berlaku bila anda membeli rumah sebagai memberikan satu 'security' kepada keluarga anda. Hutang ini berjumlah RM100-250 Ribu. Biasanya ini berlaku bila keluarga sebelah perempuan mencadangkan membeli rumah yang berdekatan antara ahli keluarga yang lain.

Jadi apa yang boleh disimpulkan disini jika anda tidak lakukan sesuatu tentang fenomena hutang ini, sampai bila-bila pun anda dibelenggu hutang. Hutang adalah ibarat barah dimana jika tidak dihapuskan ia akan menular dan menyebabkan kita jatuh sakit dan meninggal dunia. Jadi sama ada suka atau tidak itulah hakikat kehidupan majoriti rakyat Malaysia.
Baca Selanjutnya..

Jamie Pugh (HQ) Britain Got Talent 2009

Satu lagi video inspirasi bagi saya dari Britain Got Talent 2009. Jom tonton video dibawah.



Jamie Pugh bekerja sebagai pemandu van sebelah siang dan penghantar pizza sebelah malam, keinginan Jamie Pugh ingin menjadi penyanyi sebagai karier. Beliau tidak berjaya menjadi penyanyi kerana masalah fobia pentas (Stage Frighten), dan di Britain Got Talent 2009 beliau mengatasi masalah fobia pentas dengan semangat yang memberikan inspirasi.
Baca Selanjutnya..

Panduan Membeli Laptop.

Salam semua,

Laptop merupakan satu keperluan yang amat penting masa kini, pelbagai jenama terkenal seperti HP Compaq, Acer, Dell dan sebagainya dijual dengan harga yang semakin murah. Antara panduan yang boleh saya kongsikan dengan anda ialah:

  1. Processor
  2. Graphic Card
  3. RAM
  4. Hardisk
Processor
Processor yang anda patut pilih ialah pastikan jenis Intel Dual Core @ Core2 Duo dan ke atas. Yang penting jangan beli jenis Celeron, Atom (processor untuk laptop mini) . Kalau processor jenis AMD pun ok, cuma panas sedikit dan kuat makan bateri.

Graphic Card
Graphic card paling mudah ialah cari yang jenis dedicated memory dan elakkan dari integrated / shared memory (Kalau processor Intel ok, jangan beli AMD + shared memory), ayat yang biasa ditulis dikotak ialah Dedicator Memory 256mb. Ini kerana memori tidak dikongsi bersama RAM, sekaligus meningkatkan performace laptop anda.

RAM
Maksimumkan penggunaan RAM, saya cadangkan anda terus upgrade terus kepada 4 gig RAM , RAM percuma 1 gig tuh anda simpanlah sebagai kenangan atau hadiahkan pada rakan atau jiran anda.

Hardisk
Hardisk minium 250gig dan ke atas, ini kerana pada masa kini banyak program kerja seperti Adobe Suite sangat banyak memakan ruang simpanan. Tambahan pula anda kaki game atau kaki download / menorent menggunakan broadband.

Dengan mengikuti langkah mudah seperti diatas, anda boleh mempunyai laptop yang high performance dengan berbelanja kurang dari RM2300 untuk membeli laptop baru.

*Kalau nak bateri tahan lama, beli yang 6 cell ke atas . Tanyalah sikit berapa cell laptop yang menarik minat tuh pada promoter kedai.

Cara Dapat Laptop Murah
  1. Low Yat Plaza, Kuala Lumpur
  2. Lelong.com.my & Mudah.com.my
Low Yat Plaza, Kuala Lumpur
Untuk mendapatkan bargaining yang baik, saya selalu memilih untuk membuat survey, tetapi jangan membuang masa sangat, sekarang ini lebih baik anda beli sahaja dari kedai besar seperti All IT dan yang lain, elakkan dari beli dari penjual yang mengambil komisen ditepi-tepi laluan. Ini kerana biasanya mereka menawarkan banyak barang percuma tetapi kurang berkualiti seperti mouse, locker, upgrade RAM percuma, free windows vista (bukan original) dan sebagainya dengan anda menambahkan wang sebanyak RM200-300. Bagi saya ini tidak masuk akal menambah wang untuk barang tidak berkualiti. Bayangkan, jika anda keluar duit RM250 pun boleh beli original Windows Vista Home Premium, dan boleh install beberapa laptop dan pc anda sendiri pulak tu.

Lelong.com.my& Mudah.com.my
Ini tempat shopping utama saya, barang ini dijual dengan lebih murah, maklumlah tiada 'overhead cost' seperti membayar sewa kedai dan sebagainya. Biasanya ditempat ini ada ramai individu yang menjual barang mereka kerana beberapa sebab seperti kesempitan wang, dah beli tak suka, dan jangan terkejut kerana ada individu yang jenis pakai dan tolak semula. (sebab itulah tokey handphone kaya!)..
Baca Selanjutnya..

Thursday, May 7, 2009

Susan Boyle - sumber inspirasi

Britain Got Talent 2009 yang sangat memberi inspirasi kepada jutaan orang di dunia. Jom tonton dan hayati sendiri!



Susan Boyle yang berumur 47 tahun telah mengejutkan satu dunia dalam rancangan "Talent Show" terbesar iaitu Britain Got Talent 2009, penampilan sebagai makcik jiran sebelah rumah membuatkan ramai penonton mencebik beliau semasa beliau menyatakan hasratnya untuk menjadi penyanyi profesional antarabangsa seperti idola beliau Elaine Paige. Tapi disebalik cemuhan itu berlaku satu peristiwa yang pasti diingati oleh semua penonton. Lihat video untuk satu inspirasi baru kepada anda.. selamat menonton!
Baca Selanjutnya..

Kenapa Jero disini?

Salam sejahtara dan saya mengucapkan selamat berkenalan kepada semua. Sebelum saya membuat blog saya telah memikirkan apakah yang ingin saya sumbangkan melalui blog yang bakal saya buat.

Tujuan saya berblogging disini ialah untuk berkongsi maklumat dan idea saya kepada orang ramai. Dengan cara ini saya boleh berkongsi idea dan pendapat dengan lebih meluas berbanding dengan kaedah perjumpaan secara konvensional.


Untuk pengetahuan anda semua, saya aktif dalam mencari duit online dan juga merupakan seorang penggiat outdoor yang serius dan berkomitmen. Saya mempunyai banyak masa tambahan pula saya bekerja dirumah sejak akhir tahun 2006 lagi.

Bidang saya ialah bidang produk dan pemasaran Internet, pengurusan kewangan, semua jenis rekreasi luar, dan juga 'self development' secara luaran dan dalaman.

-mr.azrul-
Baca Selanjutnya..

Wednesday, May 6, 2009

Blogging di blogger

Salam semua, kenapa saya nak rajin blogging diblogspot pula? Bagi saya blogging ditempat percuma ini juga penting. Ibarat meninggalkan monumen jika kita dah meninggal dunia nanti. Sebenarnya saya memiliki juga hosting sendiri dan telah running mini site, forum dan portal. Cuma bila saya lihat fotopages dan free service yang lain terasa juga ada baiknya blogging ditempat percuma seperti ini juga memberikan kebaikan iaitu saya tidak perlu bayar maintenance.. hehe..
Baca Selanjutnya..

Friday, May 1, 2009

About Jero


Jero @ mr.azrul merupakan seorang yang aktif dan bekerja sendiri secara serius sejak 2006. Jero dalam bidang bisnes online dikenali juga sebab Bizz juga seorang penganjur pelbagai program besar, antara yang paling lama beliau terlibat ialah menganjurkan seminar forex dari awal tahun 2007 hingga akhir 2008. Pengalaman membuat produk dan servis sendiri semakin banyak dan sekarang ini beliau banyak membantu kawan - kawan sekeliling beliau.

Beliau merupakan seorang lepasan MMU (Multimedia University) Bach. Of Ecommerce. Seorang yang aktif dalam bidang outdoor dan juga terlibat dalam menjalankan banyak projek rekreasi dalam bidang pengurusan dan juga peserta.

Jero amat berminat dalam bisnes Internet online dan mempunyai banyak idea dan kretiviti yang luarbiasa. Beliau sangat faham dengan kaedah menjana wang online melalui pelbagai cara. Jadi projek terbaru beliau ialah membina satu bisnes online tanpa kos (menggunakan semua servis percuma dari Internet) dan membantu orang ramai yang masih tidak faham memulakan dan mengekalkan bisnes online supaya menjadi satu punca pendapatan yang serius.

Kepakaran & Kebolehan
  1. Joomla - Membina Laman Portal (Site Construction & Template Manipulation)
  2. Wordpress - Membina Laman CMS & Blog (Site Construction & Template Manipulation)
  3. Vbulletin - Installation, Setup, Configuring & Maintenance
  4. Bloggger - (Site Construction & Template Manipulation)
  5. Minisite - Sales Letter & Affiliate System


Anda boleh mengenali beliau dengan lebih dekat:

Jero Azrul's Facebook Profile
Baca Selanjutnya..
 

Mohd Azrul.Net Copyright © 2009