Sunday, May 10, 2009

Makin Hangat!


Semakin hari semakin ramai yang mahu blogging, ada yang keliru dimana hendak dimulakan, bila saya baca di forum-forum tempatan semakin ramai yang lahir dalam dunia Internet ini, ingin blogging seperti 'senior' mereka, ingin menjalankan perniagaan online dan juga bersosial secara online.

Mungkin lebih baik jika ada yang boleh membantu membuat panduan yang cukup lengkap dan berpandukan pengalaman serta kajian membuat satu panduan luarbiasa supaya mudah difahami oleh orang baru (newbies) yang ingin berkecimpung dalam dunia Internet ini. Pakej panduan asas yang dijual oleh usahawan IM bagi saya tidak mencukupi dan perlu ada persaingan yang lebih ketara lagi. Persaingan yang sihat akan membawa kepada kualiti yang baik dan bukannya semata-mata kuantiti.

Jadi sebenarnya produk asas blogging ini boleh lagi ditawarkan kepada orang baru ini, anda hanya perlu membuatnya lebih kemas teratur, dan buatkan dengan lebih baik 'step by step method' menggunakan .PDF dan juga MP4 / Avi.

Kepada yang lebih kreatif mungkin ada baiknya membuat pengkhususan, bayangkan semakin lama semakin ramai yang menceburkan diri dalam dunia Internet. Mereka ini semuanya mahukan blog, minisite, corporate web, dan juga self-profile.

Ambil salah satu langkah mudah iaitu khususkan dalam menjadi agen pengiklanan mereka, anda fokus kepada:
  1. Iklan Banner
  2. Bungkusan Produk
  3. Photo-Shoot
  4. Videography
Iklan Banner
Iklan Banner memang mudah, tetapi ketelitian memang perlu kerana anda harus mengkaji tema dan ciri-ciri asal produk seperti warna, gambar dan ikon, tagline dan deskripsi. Ada empat banner berbeza saiz yang harus dibuat iaitu 468x60 , 250x250, 120x600 dan 150x150 (px).

Bungkusan Produk
Bungkusan Produk atau ' product wrapper' juga sangat dikenali sebagai ecover atau ebook cover.

Photo-Shoot
Photo shoot memang bukan perkara baru, tetapi jika digunakan dengan kretiviti yang baik, hasil juga lumayan. Ada dua jenis photo shoot yang boleh dikembangkan iaitu photo shoot produk dan photo shoot korporat.

Videography
Kaedah video memang sangat kurang digunakan oleh usahawan Internet, jika anda fokus dalam bidang ini seperti membuat video produk seperti iklan ditelevisyen akan menguntungkan anda, tambahan pula video streaming boleh dilakukan terus melalui youtube sahaja tanpa menggunakan bandwith server anda sendiri.

Jika anda perhatikan idea di atas, sudah tentu anda tidak perlu bimbangkan untuk mendapatkan kerja lagi kerana anda sudah boleh menghasilkan servis anda sendiri!

Selamat Berjaya!
http://mohdazrul.com

0 comments:

Post a Comment

 

Mohd Azrul.Net Copyright © 2009