Friday, May 8, 2009

Rakyat Malaysia Mangsa Hutang.

Salam semua,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai hutang, berikut merupakan pengkelasan hutang yang wajib pada semua orang di malaysia.

  1. Hutang Belajar
  2. Hutang Kerja
  3. Hutang Kahwin
  4. Hutang Keluarga
Hutang Belajar
Hutang belajar merupakan satu perkara wajib yang dikenakan bagi individu yang lahir dan tinggal dan belajar di Malaysia. Hutang belajar terutama PTPTN / MARA untuk kelulusan Degree/Sarjana Muda biasanya berjumlah RM35-40 Ribu. Jadi sebelum anda bekerja anda akan dibebani hutang yang besar jumlahnya bagi orang yang belum bekerjaya.

Hutang ini bukan bermaksud hutang bagi pelajar IPTS sahaja, hutang ini juga berlaku kepada pelajar IPTA. Tiada apa yang beza, cuma bagi pelajar IPTA , mereka ini beruntung kerana mempunya duit lebih dari IPTS kerana yuran yang lebih murah.

Hutang Kerja
Hutang Kerja ialah hutang kad kredit , hutang ini berjumlah biasanya RM3-25 Ribu yang tidak disedari meningkat secara konstan. Selain kad kredit hutang pinjaman kereta berjumlah RM40-100 Ribu biasa dilakukan kerana untuk mengikut gaya hidup yang tidak sesuai dengan situasi semasa.

Hutang Kahwin
Hutang Kahwin biasanya berjumlah RM15-40 Ribu , hutang dibuat melalui personal loan atau hutang dari keluarga dan rakan.

Hutang Keluarga
Hutang keluarga berlaku bila anda membeli rumah sebagai memberikan satu 'security' kepada keluarga anda. Hutang ini berjumlah RM100-250 Ribu. Biasanya ini berlaku bila keluarga sebelah perempuan mencadangkan membeli rumah yang berdekatan antara ahli keluarga yang lain.

Jadi apa yang boleh disimpulkan disini jika anda tidak lakukan sesuatu tentang fenomena hutang ini, sampai bila-bila pun anda dibelenggu hutang. Hutang adalah ibarat barah dimana jika tidak dihapuskan ia akan menular dan menyebabkan kita jatuh sakit dan meninggal dunia. Jadi sama ada suka atau tidak itulah hakikat kehidupan majoriti rakyat Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

 

Mohd Azrul.Net Copyright © 2009