Saturday, May 9, 2009

Kenali Diri Untuk Mempertingkatkan Taraf Hidup.

Untuk mencapai tahap yang lebih baik dalam hidup, pengurusan perlu dilakukan kepada diri sendiri. Bukan sahaja pengurusan luar seperti mengurus diri secara fizikal tetapi menguruskan diri secara dalaman juga amat penting. Apa yang berlaku didalam diri akan terpancar diluar diri anda termasuklah kehidupan anda hari ini. Kehidupan yang dijalani seperti kebahagiaan adalah cermin kepada dalaman anda, jika dalaman anda tidak bahagia maka ketidakbahagiaan anda itu akan terpancar dalam kehidupan seharian anda Jadi adalah amat penting untuk anda mengenali diri anda sendiri, bukan sahaja mengenali secara biologi seperti bagaimana proses kejadian manusia dan sebagainya tetapi haruslah mengenali diri dari perspektif sains dan agama.
"Kehidupan anda pantulan dari dalaman anda"
Untuk mengenali diri lebih dekat lagi mari kita lihat antara fikiran logik dan tidak logik ini. Logik bermaksud nyata iaitu berlaku didepan mata kasar dan dapat difahami dan diterima oleh masyarakat sekeliling. Tidak logik pula ialah bermaksud tidak nyata iaitu hanya berlaku jika dalam keadaan khayal / mimpi dan tidak diterima oleh kebanyakan orang dalam masyarakat seharian.

Jadi pengkelasan secara mudahnya ialah sebenarnya minda kita mempunyai dua minda asas iaitu minda logik dan tidak logik atau juga dikenali orang barat iaitu concious mind dan subconcious mind dan juga dipanggil yin dan yang oleh masyarakat cina.

Jadi apa relevannya anda perlu mengenali hal-hal sebegini? Jawapannya ialah supaya anda dapat kenikmatan hidup didunia ini dan hari akhirat kelak. Anda berhak untuk mendapat syurga (kenikmatan) sebelum anda mati secara fizikal. Bentuk-bentuk kenikmatan berbeza pada setiap individu, kenikmatan yang akan difokuskan ialah kenikmatan mempunyai wang yang banyak, kerana dengan mempunyai wang anda dapat membuat apa yang anda buat sekarang ini dengan lebih kuat dan berkesan.

Jadi secara sedar atau tidak wang adalah satu perkara yang tidak boleh ditolak dalam kehidupan seharian. Anda mungkin terfikir ada yang bahagia tak perlu wang yang banyak pun, jawapannya ialah ini bukan soal wang yang banyak atau sikit tetapi ini adalah soal fokus kehidupan anda sendiri.

Apakah tujuan anda hidup didunia ini? adakah sekadar dilahirkan, belajar , bekerja, berkeluarga dan kemudian meninggal dunia? Atau hidup anda ialah untuk memberi nilai kepada orang lain, menyayangi sesama insan, dan memberikan cahaya kepada orang lain?

Sebab sebenar kehidupan juga ialah mencari cahaya, ibarat serangga yang keluar mencari cahaya, ibarat tumbuhan mencari cahaya untuk hidup. Cahaya ini sebenarnya ada dalam diri anda sendiri, jika anda cukup 'bercahaya' , anda dapat menerangkan orang lain dan paling baik anda dapat menghidupkan cahaya orang lain dengan percikan hebat dari cahaya anda sendiri.

Untuk menghidupkan cahaya dalam diri ialah dengan mengenali diri sendiri dari pelbagai sudut terutamanya sudut sains dan agama. Dan dorongan utama mencari cahaya ini adalah untuk mendapatkan lebih banyak wang.

Kenapa Wang Begitu Penting?
"People who got money, got power", orang yang banyak wang mempunyai kuasa. Jelas disini dalam kehidupan dunia ini, anda perlu wang untuk mempunyai kuasa. Kuasa ini pula ialah untuk membuat kebaikan dan bukannya kerosakan. Jika kuasa ini digunakan untuk membuat kebaikan maka hasilnya anda akan mendapat ketenangan dan hingga mendapat pelbagai manfaat lain hasil dari ketenangan diri setelah membantu orang lain.

Jadi fokus anda ialah menjadi JUTAWAN! supaya anda boleh memberikan kesenangan kepada orang lain kerana anda sudah mempunyai wang dan kuasa yang hebat. Jadi untuk menjadi jutawan bukanlah sesuatu yang mudah dan setelah menjadi jutawan juga bukanlah sesuatu yang mudah untuk anda kekalkan atau meningkatkan lagi taraf kewangan anda. Anda perlukan disiplin, komitmen dan juga Tenaga Langsung Dari Allah S.W.T. Semua yang diperoleh adalah kepunyaan Allah S.W.T dan kita hanya meminjamnya.

0 comments:

Post a Comment

 

Mohd Azrul.Net Copyright © 2009