Sunday, June 21, 2009

Hari Bapa? Apsal lak sibuk nak tahu..!!

Salam semua, entri saya kali ini off topic kejap, mari kita kongsi pasal hari bapa ini. Sebelum beberapa sebelum ini kita menyambut hari Ibu dan sekarang hari Bapa pula. Budaya ini memang budaya luar tetapi bagi saya, menyambut hari bapa adalah baik kerana sekurang-kurangnya ada hari yang saya sendiri perlu ingatkan diri saya bahawa saya mempunyai bapa yang patut saya hargai!! (Incase saya terleka dengan kehidupan seharian)
Menurut Wikipedia,
Father's Day is a day honoring fathers, celebrated on the third Sunday of June in 52 of the world's countries and on other days elsewhere. It complements Mother's Day, the celebration honoring mothers.
Sedikit cerita mengenai bapa saya yang saya panggil sebagai ayah. Ayah saya merupakan seorang yang sangat tenang dalam berhadapan dalam kehidupan seharian, teringat lagi semasa saya kecil, saya melihat ayah saya setiap hari pergi ke chow kit dengan menaiki bas membeli barang mentah untuk meniaga di Segambut. Kehidupan masa itu memang susah, tetapi saya tidak pernah mengeluh sebaliknya tidak kisah kerana mungkin dah terbiasa agaknya sejak dari lahir lagi dengan kehidupan sebegitu.

Antara kenangan yang paling saya ingat mengenai ayah saya ialah senyumannya. Ayah saya sentiasa tersenyum kepada saya setiap kali saya pulang ke rumah semasa cuti mingguan di Universiti. Senyumannya amat ikhlas dan saya dapat rasakan yang dia amat gembira melihat saya, saya dapat lihat ada sesuatu yang membuatkan dia gembira, saya pula tidak berapa selesa dengan keadaan sebegitu kerana setiap minggu saya pulang ke rumah jadi rasanya kenapa ayah saya begitu ceria bila saya pulang??

Kini ayah saya telah tiada, saya amat rindukan ayah saya tetapi apa buleh buat selain dari menjadi anak yang soleh dan sentiasa mendoakan beliau. Dan yang pasti saya kena berjaya dalam hidup kerana senyumannya itu adalah senyuman kebanggaan dari seorang ayah yang melihat anaknya menjadi lebih baik dan pandai dari beliau.

Sekarang barulah saya sedar betapa sayangnya ayah saya kepada saya, tetapi saya sedar ketika ayah saya telah tiada. Kini isteri saya sedang mengandungkan anak kami yang pertama, dan saya akan menjadi ayah, dan saya akan menjadi seperti ayah saya yang sentiasa memberikan senyuman kepada anaknya dan sentiasa menghargai anaknya seperti yang ayah saya lakukan pada saya dahulu..

Walaupun ayah telah pergi, tetapi saya dapat rasakan kasih sayang yang mengalir dalam setiap denyutan nadi saya. Saya tahu ayah saya tetap ada bersama saya, mungkin saya menyesal kerana bersikap sombong dahulu, tetapi apa yang pasti ayah tidak pernah menyesal mempunyai anak seperti saya, SAYA AKAN BUKTIKAN AYAH!!!

"SELAMAT HARI BAPA, AYAH!!"

0 comments:

Post a Comment

 

Mohd Azrul.Net Copyright © 2009