Tuesday, June 16, 2009

Pra-Lancar Kelas Tutorial Blog

Sedikit 'preview' mengenai Kelas Tutorial Blog saya!

*Maklumat mengenai KTB akan dibuat dari masa ke masa sehinggalah produk ini selesai sepenuhnya, ini bertujuan supaya anda dapat melihat sendiri bagaimana saya membina blog, minisite, banner dan sebagainya dari masa ke masa.. harap maklum"

Salam semua, saya akan melancarkan satu kelas tutorial blog bermula akhir bulan ini. Kelas tutorial blog ini sebenarnya sudah lama saya ingin jalankan sejak tahun lepas lagi tetapi tidak berkesempatan kerana saya banyak projek yang saya jalankan bersama rakan JV saya yang lain.

Kenapakah Saya Melancarkan Kelas Tutorial Blog?
Blog sudah lama dan semakin terkenal tetapi tidak ramai yang memahaminya secara lebih teliti. Jika anda perhatikan pada masa sekarang, semakin ramai yang telah mula berblogging tetapi tidak mendatangkan hasil yang sepatutnya kerana kekurangan pengalaman dalam membuat blog yang menarik dan kemas. Apa yang menarik ingin saya ketengahkan ialah anda boleh memulakan online bisnes anda dengan hampir 'zero cost'! Contohnya jelas anda lihat sekarang blog saya kemas dan menarik dan berfungsi seperti web yang dibina oleh pakar! tetapi sebenarnya hanya sedikit pengetahuan dan bimbingan anda terus boleh membina blog anda seperti saya.

Apakah beza antara Ebook Buat Blog Lain Dengan Kelas Tutorial Blog?
Saya akan bantu anda satu persatu dengan teknik ' hand on tutorial' di dalam kelas nanti, dan kelas akan dihadkan dalam bilangan yang kecil. Selepas kelas anda dijamin mempunyai blog dan kualiti berlainan dengan yang lain.

Anda akan diajar sepenuhnya menggunakan servis percuma dari http://blogspot.com dan juga sistem wordpress.

Saya juga akan menerangkan satu persatu mengenai domain, hosting, dan cara paling murah untuk maintain laman blog peribadi dan perniagaan anda..

Siapa saya?
Saya telah berkecimpung dalam bidang Internet secara serius sejak pertengahan 2006 dan mula mendapat pendapatan yang serius dalam Internet sejak dari itu. Saya bekerja sendiri dan Fulltime Blogger dan Web Developer di rumah saya.

Saya telah membina banyak blog, web, forum dan minisite sejak beberapa lama tetapi lebih kepada kegunaan saya sendiri dan juga rakan JV saya. Kali ini saya akan berkongsi dengan anda yang berminat untuk memulakan perniagaan internet atau memperkemaskini profil dan reputasi untuk terus maju dalam bisnes online. InsyaAllah.

-mr.azrul-




Contoh Iklan Banner Yang Saya Gunakan:

*Simple Text Animation akan diajar dalam kelas tutorial blog yang akan saya adakan nanti.

7 comments:

R.E.Z on June 15, 2009 at 12:57 PM said...

salam.. saya berminat dengan apa yang saudara sedang usahakan. teruskan dan saya akan mengikuti perkembangan saudara. i follow..

argen9206 on June 15, 2009 at 5:40 PM said...

saudara azrul, saya berminat, teruskan update, saya berminat untuk menyertai program saudara,

Gero A on June 16, 2009 at 12:41 AM said...

@Razlan Effendy

Terima kasih bro Razlan, saya sangat gembira dengan sokongan saudara.. Terima kasih banyak-banyakk..

Gero A on June 16, 2009 at 12:43 AM said...

@blogger

Program ini akan dilangsungkan secara giat akhir bulan ini.. sila datang selalu untuk lihat perkembangan dari masa ke masa.. Terima Kasih..

Anonymous said...

Saudara Azrul, saya amat berminat. Teruskan usaha anda ...bagaimana nak joint kelas.

shaniza on July 5, 2009 at 9:22 PM said...

camner caranya?

Gero A on October 4, 2009 at 1:40 AM said...

terima kasih atas minat semua, kelas blog insyaAllah akan dijalankan pada masa yang sesuai nanti.

Post a Comment

 

Mohd Azrul.Net Copyright © 2009