Thursday, July 29, 2010

Apa dah jadi pada blog?? :D

Salam semua dan apa khabar? Tentu anda tertanya-tanya apa dah jadi dengan blog ini kan? Blog ini masih hidup, dan saya pasti akan update dari masa ke masa jangan bimbang. Saya tengok trend cari disini pun tinggi juga, ramai yang cari pasal pelbagai tempat dan landing kat sini.. :D Terima kasih ya! :)

Berdasarkan trend saya tengok ramai juga yang cari pasal buat blog.. :D .. InsyaAllah saya akan sediakan juga beberapa panduan dan tutorial buat blog tak lama lagi.. harap dapat membantu.. :)
Baca Selanjutnya..

Tuesday, April 20, 2010

Malaysia Internet Summit 2010:- Konvensyen Internet Marketing

Salam semua, Malaysia Internet Summit merupakan satu acara konvensyen yang terbesar dan pertama diadakan di Malaysia. Acara tersebut berlangsung pada 20hb Jun 2010 di PICC, Putrajaya.

Anda boleh dapat banyak benefit daripada acara ini seperti anda tahu siapa yang sebenar membuat bisnes online, anda akan dapati lebih mudah anda memilih apa jenis bisnes online yang anda ceburi.

Hanya dengan RM247, 12 Pakar Internet tempatan akan berkongsi rahsia mereka buat duit sehingga berpuluh ribu sebulan hanya dengan menggunakan Internet.
Terus DAFTAR dan Bayar Di sini. Bagi saya tiada alasan logik untuk saya menolak pelawaan seperti ini.
Baca Selanjutnya..

Thursday, April 1, 2010

Bagaimana Cara Membuat Blog?


Bagaimana cara membuat blog? Iya, saya akan tunjukkan bagaimana cara mudah dan praktikal membuat blog. Ramai yang ingin cari duit internet dan terus menerus membeli pelbagai keluaran Internet Marketer yang terkenal, tetapi lupa tentang asas di mana anda harus belajar bagaimana cara membuat blog dan juga sales page. Ini adalah penting kerana dalam setiap perniagaan anda juga harus tahu bagaimana anda hendak menghasilkan tapak jualan atau kedai anda.

Blog merupakan satu asas penting kerana disitu lah anda membina kredibiliti anda dan menunjukkan anda pakar dalam sesuatu yang anda promosikan. Ambil sebagai contoh, jika anda menjual baju online, anda mestilah mempunyai blog atau juga dikenali sebagai landing page yang menyediakan maklumat berkaitan dengan produk anda.
Baca Selanjutnya..

Thursday, December 10, 2009

Internet Marketing Business

Salam semua, semoga sihat sejahtera dan kepada yang masih mencari-cari cara sebenar buat duit, anda boleh terus membaca apa yang saya akan kongsikan. Izinkan saya berkongsi cerita mengenai diri saya, saya dilahirkan di Kelantan dan dibesarkan di Kuala Lumpur, bersekolah di beberapa tempat seperti Terengganu dan Kedah, melanjutkan pelajaran tidak keluar negara tetapi apa yang pasti pendapatan saya juga lebih dari mereka yang berada diluar negara. Kenapa saya berani berkata sedemikian? kerana saya ada bukti, bukti dalam 'bank statement'. Apa yang ingin saya sampaikan kepada anda ialah salah satu cara yang betul-betul memberikan saya duit yang lumayan ialah Internet. Saya hanya menggunakan Internet untuk membuat iklan kepada laman web saya, dan laman web itu pula mestilah dalam bentuk sales letter atau mini site. Jadi sebenarnya kejayaan web tersebut ialah bentuk sales letter yang diatur sedemikian rupa untuk memujuk pelawat membuat keputusan untuk mendapatkan produk atau servis yang saya tawarkan.

Jadi saya mula melihat menggunakan Internet sebagai tempat pengiklanan produk atau servis yang bakal saya tawarkan. Dan ternyata keupayaan menghasilkan wang hanya berhenti setakat itu sahaja, ini kerana saya tidak membuat rakan JV, affiliate dan juga saya tidak membuat beberapa teknik yang telah disahkan oleh mereka yang mengaut keuntungan besar dalam Internet.

Setelah beberapa tahun dalam dunia Internet saya, saya melangkah keluar dengan menghadiri beberapa seminar di luar. Yang pertama saya pergi ialah Millionaire Mind Intensive , Singapore beberapa bulan lalu. Dan yang kedua yang mana juga menarik perhatian saya dan sesuai dengan entry saya kali ini ialah setelah saya menghadiri seminar Global Internet Seminar 09 , Kuala Lumpur.
Apa yang saya dapat dari seminar tersebut adalah sesuatu yang telah saya lihat tapi saya tidak membuat sebarang 'action', jadi mereka yang telah mengambil langkah tersebut telah melihat perspektif berbeza bagi Internet Marketing Business ini.

*Saya akan kongsikan apa yang saya perolehi sepenuhnya dalam entry blog akan datang, lawatilah selalu blog saya ini.. :)
Baca Selanjutnya..

Sunday, October 4, 2009

Saya Dan Food & Beverage

Salam semua, saya terlibat dalam FnB iaitu menyediakan katering untuk semua jenis event seperti perkahwinan, kursus & seminar dan sebagainya. Sila hubungi saya jika berminat untuk mendapatkan quotation berkaitan dengan event anda.

Bapak Catering And Services
010-2000901 - Jero / Azrul
Baca Selanjutnya..

Thursday, September 3, 2009

Sudah Seminggu Berpuasa..

Salam semua, sedar atau tidak sudah seminggu lebih kita berpuasa, saya berharap anda semua yang melawat blog ini sihat sejahtera. Ada beberapa message private dalam facebook dan beberapa email dari rakan yang berminat dengan program yang saya buat beberapa bulan lalu. InsyaAllah saya akan berkongsi secara kaedah blog sedikit sebanyak kerana saya fikirkan kaedah ini lebih berkesan untuk update dan juga direct question yang boleh ditanya di bahagian komen.
Baca Selanjutnya..

Saturday, August 22, 2009

Selamat Berpuasa Semua..

Salam Ramadhan kepada semua, dan sama-sama kita tempuhi Ramadhan yang penuh rahmat ini dengan minda dan hati yang terbuka ke arah kebaikan dan memperbaiki kehidupan seharian. Saya masih lagi sibuk dengan aktiviti konvensional saya dan insyaAllah tidak lama lagi saya akan meneruskan projek saya yang tergendala ini. Pengurusan yang baik akan memberikan keputusan yang baik, InsyaAllah.
Baca Selanjutnya..

Wednesday, July 29, 2009

Ke mana arah saya?

Salam semua, lebih kurang sebulan saya tidak blogging di blog ini disebabkan saya terlibat dengan beberapa projek offline yang memerlukan saya memberi komitmen dahulu sebelum membina sistem pengurusan. Jadi kebanyakan masa perlu saya habiskan pada apa yang saya lakukan dan insyaAllah tidak lama lagi akan selesai.
Baca Selanjutnya..
 

Mohd Azrul.Net Copyright © 2009